Bukan culik, cuma salah faham dengan jurujual
Berita

Bukan culik, cuma salah faham dengan jurujual

Rate info.4d5d6d.com

HULU TERENGGANU – Polis menafikan dakwaan wujudnya kes cubaan culik kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Kampung Menerong, Ajil di sini yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, siasatan awal mendapati ia hanya perselisihan faham antara ibu kanak-kanak itu dengan sekumpulan pekerja yang menjual peralatan gas memasak.

“Polis telah memanggil tiga individu untuk memberi keterangan susulan laporan dibuat suri rumah itu pada jam 3.50 petang semalam.

“Hasil siasatan mendapati tiada unsur penculikan atau cubaan menculik kanak-kanak terbabit dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! disini hari ini.

Sebelum ini, dakwaan seorang suri rumah bahawa anak perempuannya yang berusia empat tahun cuba melarikan diri daripada sekumpulan individu tidak dikenali yang mengunjungi rumahnya menjadi viral di media sosial.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, kumpulan jurujual terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita itu menawarkan peralatan gas memasak namun suri rumah berusia 29 tahun itu enggan.

Jurujual wanita itu kemudian dituduh secara tiba-tiba mahu menarik kanak-kanak perempuan berusia empat tahun itu tetapi sempat berpaut pada ibunya. – COSMO! DALAM TALIAN



[ad_2]

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

Visa Malaysia: Semakan Dalam Talian www.imi.gov.my & Permit Kerja

info

Uggah: JPS mengenal pasti sungai yang memerlukan pembersihan untuk menangani banjir kilat di S’wak

info

Hilang tanpa jejak selama 6 hari, pelajar PhD ditemui mati

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy