
SIBU: Seorang pemandu van mengalami luka di muka kanan dan patah kaki kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Batu 8, Jalan Sibu-Bintulu pagi tadi
Kemalangan membabitkan sebuah van, lori dan trak pikap berlaku di hadapan sebuah institut pemanduan sekitar jam 8.55 pagi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu dikerahkan ke lokasi kejadian, kira-kira 14km dari balai selepas menerima panggilan kecemasan.
“Apabila tiba di tempat kejadian, mereka mendapati seorang lelaki berusia 28 tahun tersepit di tempat duduknya di dalam sebuah van dan segera bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan alat pemotong.
“Mangsa yang cedera di muka dan patah kedua-dua kaki dikejarkan ke hospital untuk rawatan segera,” katanya.
Tambahnya, mangsa dipercayai dalam perjalanan menghantar barang dari Sibu ke Kapit apabila terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori dan sebuah lori pikap.-utusan
Jawatan Pemandu van itu cedera parah dalam kemalangan itu muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.