Penyelia syarikat keselamatan didakwa dengan pengedaran heroin
Berita

Penyelia syarikat keselamatan didakwa dengan pengedaran heroin

5/5 - (1 vote)

WhatsApp Image 2023 02 09 at 1.36.58 PM

WhatsApp Image 2023 02 09 at 1.36.58 PM

MELAKA: Seorang penyelia syarikat keselamatan berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar heroin, awal bulan ini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohd. Amali Matsuro, 36, sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati mengedar dadah jenis heroin dengan berat kasar 1.4 kilogram (kg).

Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 9 malam di tepi Jalan TU 60 berhadapan Pangsapuri Sri Utama Ayer Keroh di daerah Melaka Tengah pada 2 Februari 2023.

Tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan sekiranya mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup, tertuduh juga hendaklah disebat dengan tidak kurang 15 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Nora Yaacob manakala tertuduh diwakili peguam Andrew Lourdes.

Tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh, mahkamah menetapkan 14 Mac depan untuk sebutan kes dan penyerahan laporan kimia. – UTUSAN

Jawatan Penyelia syarikat keselamatan didakwa dengan pengedaran heroin muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Pengendali ular APM menangkap ular sawa batik sepanjang satu meter di Miri

info

Larangan menangkap ikan loma untuk mengelakkan kepupusan

info

Bunyi ekzos yang bising

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy