Buka kawasan 'food truck' di sekitar Chowrasta
Berita

Buka kawasan ‘food truck’ di sekitar Chowrasta

Rate info.4d5d6d.com

GEORGE TOWN: Persatuan Penjaja dan Peniaga Pasar Chowrasta bercadang untuk menghidupkan malam di kawasan Chowrasta di sini dengan memberi peluang kepada peniaga kenderaan makanan (trak makanan) berniaga.

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Pasar Chowrasta, Mohd. Nasir Muhyideen berkata, pihaknya akan mengemukakan permohonan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan agensi berkaitan bagi membolehkan perkara itu menjadi kenyataan.

“Kita dapat lihat kawasan Chowarsta akan sunyi menjelang malam dan ini adalah satu kerugian kerana kawasan ini boleh dibangunkan sebagai kawasan tumpuan pelancong.

“Jadi kami bercadang untuk memohon kepada MBPP untuk membenarkan trak makanan beroperasi di kawasan Chowrasta pada waktu malam,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, dengan wujudnya konsep perniagaan trak makanan di sana peluang perniagaan untuk peniaga baru juga boleh dibuka terutama bagi mereka yang ingin menambah pendapatan.

“Kita tahu selepas pandemik Covid-19, masih ramai peniaga kecil yang bergelut untuk menambah pendapatan.

“Jadi bila ada trak makanan di sini, lebih ramai peniaga kecil boleh memperkenalkan produk mereka pada waktu malam di kawasan Chowrasta,” katanya.

Tambahnya, ketika ini terdapat lebih 200 peniaga kecil yang berniaga di sekitar kawasan Chowrasta termasuk di kawasan pasar yang berniaga dari pagi hingga petang.

“Kawasan ini sangat meriah pada waktu pagi, jadi lebih elok jika malam juga meriah dengan pelancong.

“Chowrasta merupakan kawasan strategik di pusat bandar dan kami yakin cadangan ini dapat memeriahkan lagi aktiviti pelancongan di negeri ini,” katanya. – UTUSAN



[ad_2]

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

Safawi menawarkan dirinya aksi Sukan SEA, Sukan Asia

info

Dua pesawat pengangkut berlepas ke Syria membawa bantuan gempa bumi

info

Sullyoon menangis susahnya jadi artis K-pop

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy