Kakitangan Hospital Putrajaya maut dalam kemalangan di jambatan
Berita

Kakitangan Hospital Putrajaya m4ut dalam kemalangan di jambatan

Rate info.4d5d6d.com

PUTRAJAYA – Seorang pekerja Hospital Putrajaya (HPj) maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh belakang lori pembersihan jalan di Jambatan Seri Saujana, di sini petang tadi.

Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, mangsa dikenali sebagai Muhammad Aimanhafiz Ab. Wahab, 30, yang merupakan kakitangan Unit Fisioterapi HPj meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal Yahama Legenda dalam perjalanan menuju ke Lebuhraya Sentosa.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan merempuh sebuah lori yang sedang melakukan kerja pembersihan di jambatan berkenaan.

“Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke kanan jalan dan disahkan meninggal dunia manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, ketika kejadian, permukaan jalan rata dan kering serta jambatan itu mempunyai tiga lorong sehala.

A. Asmadi berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke HPj untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! DALAM TALIAN

[ad_2]

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

Berita murid Padawan hampir diculik palsu, guru besar buat laporan polis

info

Sisa besi yang disimpan di luar kilang di Sejingkat terbakar

info

Mereka yang terlepas melihat Musytari perlu menunggu 107 tahun lagi

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy