Empat suspek bertopeng bersenjatakan parang sedang diburu polis
Berita

Empat suspek bertopeng bersenjatakan parang sedang diburu polis

5/5 - (2 votes)

WhatsApp Image 2023 02 27 at 8.59.43 PM

SEREMBAN – Empat suspek bertopeng bersenjatakan parang diburu polis selepas terbabit dalam tiga kes samun di rumah sekitar Rantau dan Mambau di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, polis menerima tiga laporan daripada mangsa iaitu seorang lelaki dan dua wanita kira-kira jam 8 pagi hingga 8.38 pagi tadi berhubung kejadian samun dipercayai dilakukan suspek sama.

“Hasil siasatan mendapati ketika kejadian kesemua mangsa berada di dalam rumah masing-masing berehat dan keempat-empat suspek memasuki rumah itu dengan memanjat pagar dan masuk melalui pintu utama yang tidak berkunci.

“Suspek bertopeng dan bersenjatakan parang mencuri sebuah kereta jenis Toyota Vios, barang kemas dan wang tunai milik mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Zafira Mohd. Yusop di talian 013-2386281. – COSMO! DALAM TALIAN

Jawatan Empat suspek bertopeng bersenjatakan parang sedang diburu polis muncul pertama kali pada Kosmos Digital.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Anwar, Rafizi memperkecilkan penyisihan Muda, kata mesyuarat sekretariat pakatan kerajaan hanya untuk ‘ahli pengasas’

info

Strategi pengangkutan awam akan dibentangkan

info

Aishwarya Rai cemburu dengan Alia Bhatt

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy