KUALA LUMPUR: Satu rangka kerja strategi pengangkutan awam akan dibentangkan bagi menambah baik kemudahan itu untuk manfaat rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Pengangkutan sedang menyediakan rangka kerja strategik pengangkutan awam komprehensif yang akan dibentangkan oleh Jemaah Menteri yang boleh dilaksanakan secara berperingkat.
“Salah satu strategi kita ialah meringankan beban rakyat secara amnya supaya pengangkutan awam dapat ditangani dengan bijak,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran pembukaan Laluan Transit Massa (MRT) Putrajaya di Depoh MRT Serdang dekat sini hari ini.
Perdana Menteri menambah, kerajaan akan memberi tumpuan kepada kawasan lain tahun depan termasuk pengangkutan awam bagi menangani kesesakan jalan raya. – UTUSAN
KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL