Segera siasat kes kemalangan maut Genting Highlands
Berita

Segera siasat kes kemalangan maut Genting Highlands

5/5 - (1 vote)

anthony genting

anthony genting

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengarahkan siasatan segera dijalankan berhubung kes kemalangan maut di Genting Highlands semalam yang mengorbankan tujuh penumpang.

Beliau juga mahu Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyiasat syarikat pengendali van pelancongan yang membawa kesemua mangsa terbabit.

“Saya juga meminta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menjalankan siasatan dan mengkaji punca kemalangan. MIROS akan bertanggungjawab untuk mengkaji keselamatan keadaan jalan raya di sana dan akan melaporkan penemuan mereka kepada Kementerian Pengangkutan.

“Dalam hal ini, reka bentuk jalan dan juga selekoh terbabit perlu dikenal pasti sama ada ia membahayakan pengguna kerana kemalangan dikatakan berpunca daripada kenderaan yang dinaiki mangsa hilang kawalan ketika menghampiri selekoh tajam. di kawasan itu,” katanya ketika sidang media di Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

Terdahulu, Anthony Loke turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kemalangan itu.

Dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah van yang terbabas di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands, Bentong semalam dipercayai dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands ke Pulau Pinang, mengakibatkan tujuh nyawa terkorban. – UTUSAN

Jawatan Segera siasat kes kemalangan maut Genting Highlands muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

KWSP masih menjadi perbahasan hangat di kalangan ahli Parlimen di Dewan Rakyat

info

Sektor pembinaan mencatatkan pemulihan

info

Fatimah mahu murid prasekolah mendapat pendidikan berkualiti

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy