Lelaki ditahan berhubung kebakaran kecil di pintu masuk bank Sibu
Berita

Lelaki ditahan berhubung kebakaran kecil di pintu masuk bank Sibu

5/5 - (1 vote)

Sbw bp090223 jm police p1

Anggota CID menyiasat di tempat kejadian.

SIBU (9 Feb): Polis menahan seorang lelaki berhubung kes langgar api di sebuah bank Jalan Kampung Nyabor malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata balai polis Pusat Sibu menerima maklumat daripada orang ramai sekitar jam 9.40 malam bahawa berlaku kebakaran kecil di hadapan pintu masuk bank itu.

“Anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang ke tempat kejadian menemui serpihan botol kaca dan kain yang dipercayai digunakan untuk melakukan perbuatan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis menahan seorang suspek berusia 36 tahun sekitar jam 10.56 malam.

Suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

Polis memohon perintah reman terhadap suspek hari ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.








[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Penjawat awam diseru memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan yang memerintah

info

Kes cubaan culik, tahap keselamatan JPNM di sekolah

info

UMNO Maran perlu berubah jika tidak mahu ditolak rakyat selamanya

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy