6 'doktor' pusat hiburan ditahan
Berita

6 ‘doktor’ pusat hiburan ditahan

5/5 - (1 vote)

WhatsApp Image 2023 02 07 at 1.15.34 PM

KUALA LUMPUR – Enam individu yang juga ‘doktor’ pusat hiburan yang membekalkan dadah adalah antara 33 individu yang ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Lembah Klang, semalam.

JSJN Bukit Aman menerusi kenyataan di Facebook rasminya berkata, seramai 38 orang termasuk enam gadis perkhidmatan pelanggan (GRO) diperiksa dalam serbuan itu.

“Antara yang diperiksa, enam wanita warga asing ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 55B/39b Akta Imigresen 1959/63, manakala 27 lagi ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Berbahaya. Akta Dadah 1952,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut kenyataan itu, polis turut merampas pelbagai jenis dadah termasuk 1,620 mililiter jus minuman mengandungi cecair disyaki Methamphetamine.

“Kita turut merampas 133 peket plastik mengandungi dadah disyaki methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) seberat 2,069 gram.

“Turut dirampas satu paket plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki dadah jenis Methampehtamine seberat 31 gram dalam serbuan itu, anggaran nilai rampasan dadah adalah RM43,750,” katanya.

JSJN menyeru orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah melalui Hotline JSJN di talian 012-208 7222.-KOSMO! DALAM TALIAN

Jawatan 6 ‘doktor’ pusat hiburan ditahan muncul pertama kali pada Kosmos Digital.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Fadillah berharap dapat menubuhkan pusat latihan kepimpinan belia di Petra Jaya

info

Pendekatan populis mendapat penghormatan Anwar di pentas antarabangsa, kata Zambry

info

19,600 orang mati kelaparan setiap hari – Jokowi

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy