Van Dijk muncul wira Belanda ke separuh akhir
Berita

Van Dijk muncul wira Belanda ke separuh akhir

Rate info.4d5d6d.com

AMSTERDAM – Belanda mengesahkan tempat ke separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Belgium awal pagi semalam untuk menjuarai saingan Kumpulan A4.

Pada perlawanan di Arena Amsterdam, pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk menjadi wira The Oranje apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-73 hasil sepakan sudut Cody Gakpo.

Di sebalik kemenangan itu, ketua jurulatih Belanda, Louis van Gaal, mengakui agak kecewa dengan aksi keseluruhan yang dipamerkan walaupun pemainnya mempamerkan tahap disiplin yang tinggi sepanjang 90 minit permainan.

“Kami kehilangan banyak bola dalam perlawanan malam ini walaupun berada dalam situasi mudah. ​​Ia sama seperti bertemu Poland, tetapi kali ini kesilapan lebih banyak.

“Belgium juga bermain dengan sangat baik apabila mereka memberi tekanan kepada kami dengan tidak memberi ruang kepada pemain Belanda untuk menahan bola. Ini bukan permainan terbaik kami,” katanya.

Bekas pengurus Manchester United itu juga percaya mereka sepatutnya menamatkan perlawanan dengan jaringan yang lebih besar sekiranya serangan itu memanfaatkan peluang yang diberikan sepenuhnya.

“Kami mencipta beberapa peluang pada penghujung permainan. Saya fikir (Steven) Bergwijn dan (Davy) Klaassen sepatutnya menjaringkan gol melalui peluang itu,” kata Van Gaal. – AGENSI



[ad_2]

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

1,000 pelajar di P. Pinang menerima sumbangan TYT

info

Mohd. Sharkar mengumumkan mempertahankan jawatan MT UMNO

info

Kantoi kali kedua puncanya ditumbuk – Shuhada

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy