Komponen PN semakin popular
Berita

Komponen PN semakin popular

Rate info.4d5d6d.com

pn sambutan

pn sambutan

MARANG: Hasrat Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menyertai komponen Perikatan Nasional (PN) membuktikan gabungan itu semakin mendapat sambutan daripada parti politik lain.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, gabungan itu juga sedia menerima permohonan daripada parti politik yang berminat untuk menyertai PN.

Bagaimanapun, menurutnya, PN akan meneliti dan mengadakan perbincangan terlebih dahulu mengenai syarat-syarat pihak terbabit.

“Maknanya PN mendapat sambutan daripada semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Hari As-Sabiqun 2.0 di Rusila di sini.

Pada 2 Februari lalu, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilaporkan berkata Pejuang memohon menyertai PN dan telah menghantar surat kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya partinya diterima sebagai ahli komponen.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, setakat ini PN menerima dua permohonan daripada Pejuang dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) untuk menyertai PN.

Abdul Hadi yang juga Presiden PAS berkata, beliau juga pernah menerima surat permohonan daripada Pejuang untuk menyertai PN sebelum ini.

Jelasnya, permohonan pejuang itu akan dibincangkan terlebih dahulu dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN sebelum diluluskan.

“Setakat ini saya belum menerima surat jemputan mesyuarat daripada Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin,” katanya. – UTUSAN

 

Jawatan Komponen PN semakin popular muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Cuaca buruk di utara, Pantai Timur Semenanjung sehingga jam 4 petang

info

Kerajaan perpaduan telah melaksanakan banyak program untuk S’wak sejak memulakan pentadbiran, kata Fadillah

info

Mencuri Raden Saleh mengubah stigma panggung wayang Indonesia

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy