Aishwarya Rai cemburu dengan Alia Bhatt
Berita

Aishwarya Rai cemburu dengan Alia Bhatt

5/5 - (1 vote)

BARU-BARU ini, video lama Aishwarya Rai sedang ditemu bual dalam program televisyen mengenai aktres Alia Bhatt sekitar lima tahun lalu kembali mencetus spekulasi.

Dalam video itu, ratu cantik yang juga jelita Bollywood itu menyifatkan Alia mempunyai cara mudah untuk menawan hati dunia perfileman, selain mendapat sokongan ramai penerbit termasuk Karan Johar.

Isteri Abhishek Bachchan seolah-olah ingin mengatakan kejayaan pelakon berusia 30 tahun itu adalah kerana kelebihannya sebagai anak kepada penerbit popular.

Ibu bapa Alia, Mahesh Bhatt dan Soni Razdan ialah pembikin filem popular di India, manakala ramai saudara mereka berada dalam industri yang sama.

Secara tidak langsung, Aishwarya menegaskan bahawa nepotismelah yang mengangkat Alia selama ini.

Ramai pemerhati dunia hiburan menganggap pelakon berusia 49 tahun itu iri hati dengan pelakon junior.

Malah rata-rata beranggapan laluannya juga mudah kerana selain bergelar Miss World, status menantu dalam keluarga Amitabh Bachchan turut menjadi bonus yang menaikkan popularitinya.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Kantoi kali kedua puncanya ditumbuk – Shuhada

info

Menjual Menu Rahmah untuk pelajar universiti, warga emas

info

Pejuang sanggup memilih parti yang penuh dengan rasuah – Tun M

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy