Pejuang sanggup memilih parti yang penuh dengan rasuah - Tun M
Berita

Pejuang sanggup memilih parti yang penuh dengan rasuah – Tun M

5/5 - (1 vote)

GTA

GTA

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) lebih mengutamakan parti lain yang terlibat dengan rasuah berbanding Gerakan Tanah Air (GTA) yang bebas dan bersih daripada fenomena itu.

Bekas Pengerusi Pejuang itu berkata, beliau hairan kenapa parti itu sanggup meninggalkan GTA yang pemimpinnya tidak terlibat dengan rasuah.

“Kita cuba masukkan orang Melayu yang bersih rasuah melalui GTA kerana parti besar semuanya terlibat dengan rasuah.

“Satu-satunya parti kecil yang tinggal sekarang ialah Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Barisan Jemaah Islamiah Se Malaysia (BERJASA)
Parti Perikatan Kebangsaan India Muslim (IMAN),” katanya dalam sidang media hari ini.

Ditanya apakah reaksi Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berhubung perkara itu, Dr Mahathir bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.

“Saya tidak tahu, itu yang dia (Mukhriz) fikirkan,” jelasnya sambil mengakui kecewa dengan keputusan Pejuang meninggalkan GTA.

Dalam Perhimpunan Agung Pejuang baru-baru ini, Mukhriz mengumumkan keputusannya meninggalkan GTA bagi menumpukan usaha mengukuhkan parti sebelum menambah nilai kepada mana-mana gabungan politik.

Selain itu, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, setakat ini, PH tidak mengadakan sebarang perbincangan berhubung dakwaan Pejuang menyertai gabungan itu. – UTUSAN

Jawatan Pejuang sanggup memilih parti yang penuh dengan rasuah – Tun M muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Atsu telah ditakdirkan untuk binasa di Turkiye

info

Ibu bapa Sarawak melahirkan kebimbangan terhadap kegilaan mainan ‘lato-lato’

info

Ibu trauma, anak dihampiri lelaki tidak dikenali di taman permainan

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy