Dua pesawat pengangkut berlepas ke Syria membawa bantuan gempa bumi
Berita

Dua pesawat pengangkut berlepas ke Syria membawa bantuan gempa bumi

5/5 - (1 vote)

Syria e1676734035377

PUTRAJAYA – Dua pesawat pengangkut milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini berlepas ke Syria bagi membawa bantuan kepada mangsa gempa bumi di negara itu.

Menurut Wisma Putra, pesawat A400M itu berlepas pada pukul 10 malam dari Pangkalan Udara Subang, Selangor dengan membawa 42 tan sumbangan.

“Selain kru TUDM yang bertugas, penerbangan khas itu turut melibatkan seramai 51 wakil daripada pelbagai kementerian dan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan.

“Penerbangan ke Syria akan mengambil masa 17 jam 30 minit melalui ruang udara beberapa negara dan dua perhentian teknikal,” katanya sebelum ini.

Ia diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Pelbagai Hala Kementerian Luar Negeri, Datuk Cheong Loon Lai dan diiringi Panglima TUDM, Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan.

Bantuan kemanusiaan itu berjaya dikutip sejak Rabu lalu untuk mangsa bencana di utara Syria yang dilanda gempa bumi dari selatan Turki minggu lalu.

Antara barangan tersebut ialah makanan sedia untuk dimakan, keperluan bayi, ubat-ubatan, set penjana elektrik, pakaian dan selimut, peralatan peribadi, khemah dan permaidani lantai.

Pesawat itu dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik tengah hari esok sebelum dihantar ke zon yang dilanda gempa bumi. – COSMO! DALAM TALIAN

Jawatan Dua pesawat pengangkut berlepas ke Syria membawa bantuan gempa bumi muncul pertama kali pada Kosmos Digital.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

‘Kalau dah jadi suami kenapa nak layan?

info

Sindiket menjalankan laman web perjudian tumpas, 39 individu ditahan

info

Pemimpin baru akan mengetuai Panglima Pahlawan Terengganu

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy