Berita

Pemimpin baru akan mengetuai Panglima Pahlawan Terengganu

5/5 - (1 vote)
WAN NAZARI PEJUANG

WAN NAZARI PEJUANG

KUALA TERENGGANU : Peletakan jawatan Ketua Parti Pejuang Nasional Terengganu (Pejuang), Datuk Ir. Wan Nazari Wan Jusoh baru-baru ini tidak menjejaskan persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Wan Nazari berkata, beliau telah mencadangkan beberapa nama calon pengganti yang sesuai untuk mengemudi parti itu menjadi lebih kuat di Terengganu mulai sekarang.

“Saya mengambil tindakan itu (meletak jawatan) kerana saya mahu fokus kepada beberapa perkara lain yang perlu diutamakan sekarang.

“Secara tidak langsung keputusan itu juga memberi peluang kepada Pejuang untuk mencungkil bakat kepimpinan dalam kalangan pemimpin muda bagi meneruskan agenda perjuangan parti dalam bidang politik negara ini.

“Bagaimanapun, saya akan terus menyumbang kepada gerakan memperkasakan parti menerusi isu global sebagai Ketua Biro Profesional Pejuang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Wan Nazari berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatan Ketua Pejuang Terengganu kepada Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir pada pertengahan Januari lalu.

“Selain itu, saya juga melepaskan jawatan ketua parti di Bahagian Besut,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, Wan Nazari bertanding di kerusi Parlimen Besut, tetapi hanya memenangi 553 undi dalam pertandingan empat penjuru dan hilang deposit.

Kerusi itu dimenangi calon Pas, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh dengan majoriti 18,666 undi menewaskan calon lain, Datuk Nawi Mohamad dari Barisan Nasional dan Abd Rahman Aziz Abas dari Pakatan Harapan. – UTUSAN

Jawatan Pemimpin baru akan mengetuai Panglima Pahlawan Terengganu muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

Keluarga itu terkejut, mereka tidak percaya Azie selamat

info

Kantoi kali kedua puncanya ditumbuk – Shuhada

info

Napoli menyasarkan dua kejuaraan

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy