tempat menarik di kelantan untuk family
Melancong

ZOO MINI KUALA KRAI KELANTAN, TEMPAT MENARIK DI KELANTAN | WAJIB PERGI TEMPAT DI KUALA KRAI KELANTAN

5/5 - (1 vote)



Zoo Mini Kuala Krai kini dibuka semula setelah 17 tahun menyepi. Zoo Kuala Krai telah dibuka kepada orang ramai pada 22 Julai 2022 iaitu pada hari Khamis dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang. Pada hari bekerja zoo ini dibuka setiap hari dari jam 9.30 pagi hingga 6.00 petang. Lokasi Zoo Mini Kuala Krai Waktu Operasi Zoo Kuala Krai Dibuka setiap hari dari jam 9.30 pagi hingga 6.00 petang. Layari juga blog Addashuk Yuran kemasukan dewasa RM10, kanak-kanak RM5. Bagaimanapun, bagi mempromosikan zoo yang baru dibuka ini, bayaran tiket masuk hanya RM8 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak, manakala pemegang kad OKU adalah percuma. Zoo ini berkonsepkan Manusia dan Alam Semulajadi, di mana mereka memerlukan antara satu sama lain. Terdapat pelbagai jenis spesies haiwan yang dipelihara di zoo ini antaranya burung, mamalia, amfibia dan reptilia iaitu spesies dari dalam dan luar negara. Selain itu, pengunjung juga boleh melawat Mini Aquaria, Animal Petting, Taman Herba Puspanita dan Terowong Sains. Jika anda berkunjung ke Kuala Krai, Zoo Kuala Krai adalah tempat yang wajib dikunjungi di Kelantan. Dengan wujudnya mini zoo Kuala Krai Kelantan, akan bertambah lagi kawasan riadah di Kelantan untuk orang ramai dan keluarga membawa anak-anak melawat sambil belajar di zoo ini dan ini merupakan tempat yang wajib dilawati di Kuala Krai. Mini Zoo Kuala Krai 2022 bukan sahaja boleh menjadi tempat yang wajib dikunjungi oleh pengunjung dari Kelantan khususnya dan pengunjung luar Kelantan amnya, zoo ini juga dapat meningkatkan ekonomi penduduk setempat. Mini Zoo Kuala Krai merupakan salah satu tempat menarik di Kelantan. Untuk rekod, Mini Zoo Kuala Krai mula dibuka pada tahun 1964 dan beroperasi di atas tanah seluas 0.4 hektar sebelum ia dipindahkan ke Bukit Rayuan pada tahun 1989. Dan pada tahun 2005 Zoo Kuala Krai telah dipindahkan ke Taman Burung Kuala Krai dan selepas itu Zoo Kuala Krai menutup operasinya pada tahun 2011. Sebelum ini, Zoo Kuala Krai juga pernah digunakan sebagai Muzium Kuala Krai yang mempunyai sejarah unik dan panjang. Ketika mula dibuka pada 24 Disember 1964, nama lain ialah Muzium Mergastua, orang penting dalam penubuhan ini ialah pengerusi jajahan Kuala Krai iaitu Dato Abdullah bin Mahmud (Dato Lela Jasa Kelantan). Selepas 17 tahun Zoo Kuala Krai tidak beroperasi, Zoo Mini Kuala Krai dibuka semula kepada pengunjung dan menemui lebih 50 spesies haiwan termasuk unta dan pelbagai lagi. Rumah tumpangan latihan zoo ini telah menelan belanja RM2.5 juta. Mini Zoo Kuala Krai dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, bersama Timbalan Menteri Besar, Nik Mohd. Amar Nik Abdullah. Setakat ini sahaja maklumat untuk kali ini, diharap penonton yang melihat video ini dapat mengunjungi Mini Zoo Kuala Krai dan melihat sendiri kepelbagaian haiwan.Selain memberi ilmu kepada anak-anak, kita juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Jangan lupa subscribe Channel Addashuk dan jangan lupa tekan butang loceng untuk mengaktifkan notifikasi untuk video seterusnya. Terima kasih kerana menonton.

SUMBER VIDEO

Related posts

MACAM MAKAN KAT RUMAH SENDIRI, HARGANYA SANGAT MURAH!!

Nex Carlos

Kembali Di Bangkok 🇹🇭 Inilah Sebabnya Saya Suka Thailand

Joe Parrilla

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI AMERIKA LATIN

11 comments

INDERA NICE 14/11/2023 at 3:54 AM

Akhirnya dibuka kembali. Tempat rekreasi yang menarik untuk dilawati bersama keluarga.

Hashim Abdullah 14/11/2023 at 3:54 AM

Kawe orng KL bleh ke nk g cni

c for chaca 14/11/2023 at 3:54 AM

Dh pergi tpi tu lh letih nk naik tngga tpi best😁❤️

My Tech Kelantan 14/11/2023 at 3:54 AM

Kembali rancak ekonomi k.krai.. dulu klu g spital k.krai blh g zoo bele2 sblm ditutup…

Wee Lee Wern Rich 14/11/2023 at 3:54 AM

Mantap 👍🏻

fmc komputer 14/11/2023 at 3:54 AM

pengulas sedap dengar

Travel at Malaysia with Azmilsyahmi 14/11/2023 at 3:54 AM

Awesome. So much greeneries. So beautiful

Akong68 14/11/2023 at 3:54 AM

Terbaik saudara…hadir support

Semutar Guide 14/11/2023 at 3:54 AM

Lawa drone sini…kawe keno koloborasi dengan demo untuk drone dalam 5 saat dalam video lepas ni

izzani@iela channel 14/11/2023 at 3:54 AM

terbaik tuan..hadir support

MAI NAK CHEQITA 14/11/2023 at 3:54 AM

Nampak meriah dan indah, terbaik my bradah , lawa tona footage ni ❤❤❤❤

Comments are closed.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy