Mee Kari Ayam Pencen
Resepi

Mee Kari Ayam Pencen

5/5 - (2 votes)



Selamat kembali di saluran DR.MAIE. Musim perayaan masih dirasai dalam kalangan masyarakat Melayu. Budaya kunjung-mengunjung masih diteruskan sama ada dalam kalangan saudara mara mahupun sahabat handai. Selepas covid 19, lebih kurang tiga tahun telah berlalu. Tahun ini budaya itu nampaknya mula diamalkan semula. Kebiasaannya selama seminggu pada musim perayaan kebudayaan kunjungan ini dilakukan dalam kalangan keluarga terdekat. Selepas seminggu budaya ini mula diamalkan dalam kalangan saudara jauh, jiran tetangga dan kawan rapat. Semestinya pelbagai menu dibuat untuk tujuan menerima tetamu ini. Video ini menunjukkan menu untuk tujuan ini iaitu Mee Kari Ayam Pencen. Menu ini sudah menjadi kebiasaan untuk menjadi pilihan untuk dihidangkan kepada tetamu. Pelbagai versi dan resipi dari menu yang sama ini, terpulang kepada pilihan penonton untuk menyesuaikannya. Ubah suai menu ini bergantung pada citarasa dan kreativiti anda sendiri.

SILA LIHAT SUMBER VIDEO

Related posts

INILAH KATA MEREKA SELEPAS MENCUBA MAKANAN MELAYU

toha channel

AKHIRNYA ADA MEE SIHAT FITMEE KOREA PEDAS MEE GORENG BAYAM.

CCCookie Cia

cara membuat nasi ayam ringkas oleh kak nur @tips resepi ringkas

Nuraini Carey72

8 comments

BALUDIN MAT ARIPIN October 10, 2023 at 4:23 am

Nampak lazat tapi kalau ada udang dan kerang tak boleh makan bagi orang yang ada gout macam saya.

Faridah Abu Bakar October 10, 2023 at 4:23 am

Bahan2 yg lengkap dan mudah didapati dimana2 shj, diolah dan dimasak dgn ikhlas dr tgn pakar ..

Faridah Abu Bakar October 10, 2023 at 4:23 am

Mee kari the best….enak.lg mnyelerakan …❤❤❤

DR. MAIE October 10, 2023 at 4:23 am

Menu ini menjadi pilihan popular ketika majlis jamuan rumah terbuka… Ia tidak dijual di hotel berbintang serta restoran mewah…

DR. MAIE October 10, 2023 at 4:23 am

Mee kari disediakan dengan berbagai versi… Mengikut citarasa dan kreatif masing2… Menu kali ini juga telah diubahsuai sesuai dengan citarasa…

DR. MAIE October 10, 2023 at 4:23 am

Video kali ini menyajikan satu menu popular di kalangan masyarakat Melayu… Mee Kari Ayam Pencen…

DR. MAIE October 10, 2023 at 4:23 am

Suasana perayaan masih terasa…. Budaya kunjung mengunjung sedang marak… Pasca cocid 19…

DR. MAIE October 10, 2023 at 4:23 am

Selamat bertemu dalam channel DR MAIE…

Comments are closed.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy