Episod kali ini, Fendi berada di restoran KARS Fine Meat & Steak yang terletak di Cyberjaya, Selangor. Keunikan restoran ini ialah ia menyajikan daging panggang yang berpatutan dan berkualiti! Di sini Fendi bersama En Sudirman, pemilik Kars Fine Meat & Steak untuk merasai A5 Wagyu Japanese, Tomahawk Angus & Potterhouse Angus. Lokasi » NO.9, Off, Persiaran Apec, Cottage Walk, 63000 Cyberjaya, Selangor. Waktu Operasi » Sabtu – Khamis: 11AM – 11PM Jumaat: 3PM – 11PM Telefon » 014-8888 693 Mulai 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan pelancongan sebagai pintu masuk kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan. Destination TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, pendidikan dan berkualiti tinggi untuk tontonan umum percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum. Destinasi TV terkenal dengan siri video digitalnya seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
SUMBER VIDEO
40 comments
Daging wahyu marinate dgn sos tiram? Tu makan tiram tu namanya..😂
Harap2 mlm ni sy mimpi mkn apa yg dieorg mkn ni..😅
Dulu, masa I had a trip ke Jepung, saya happened to have a feast of A5 vegan meat (cekodok kosong jesebab nak bajet, nak makan A5 ori tu mimpi dlm mimpi je).
Alhamdulillah..terima kasih tuan wakil kpd salah seorg yg menjual steak mengikut landasan agama👍
modai hampir 1 juta nie buka kedai cmnie….
Superb
Kayangan punya
Waaa daging babi
aku dh xcaya dh fendi ni.dia review mee hassan bodo melaka hr tu aku dh terkena.kata sedap apa la.pi2 rasa tawaq hebiaq.out teruih.
Yang paling murah berapa ringgit?
aduh ingredients mahal2 tapi steak overcook pasta pun overcook baik makan kedai tomyam je
Best kalau chef tk slice steak yg dh siap grilled tu ! Sbb steak akan sejuk cepat dan dah hilang kick nya … dan customer nk rasa sendiri feel potong steak mereka ! Serve cuma dengan french beans broccoli dan carrot dan french fries atau pun boleh ganti dengan jacket potatoes … and sauce sahaja ! That it !! Nothing else added ! Dan semuanya itu serve dalam hot plate ! It will keep the steak hot n juicy… dan jika nk fresh salad ianya mesti diserve didalam bowl khas dan asing sbb salad mesti serve fresh crunchy dan tak boleh layu didalam hot plate itu ! Steak memang tebal dan memang tidak dibelah dua ! Supaya haba hangatnya tersimpan dlm daging along the way !! itu yg ori method dan real and real sedap !! Tapi tk semua restaurant or cafe tau serve cara yang betul
ni 👍🙂 … those days many coffee house in Malaysia used to serve steak cara macam yg i explained tu … memang sangat sedap dan ori style …. it is all about good knowledge and experiance in western food business industry or F&B .. so customer feel worth for their money to what they paid for n full off satisfaction 👍👍🙂… and they will come back for originality of the food presantation … that is how business is 👍
Tahniah En Sudirman. Semoga ALLAH mudahkan segala urusan Dan semoga maju dalam perniagaan. AMEEN
Daging dia memang berkualiti. Ada yang range harga medium. Cuba tengok-tengok dulu, rakan-rakan
Tak menkedaqah pun takpa..tak rugi pun…1k boleh makan mcm-ii
Owner gn hos fendi sama2 sempoi..hahaha
huntunglah Fendi 😁 rm 1800 🤣🤣🤣
Fuhhh..sekali mkn abis sbln gji aku ni…mampu tengok jelah..
Mmmmm.. dap dap, shedap! 👍
Kalau pahang ada kmy kmo… Kedah ada fendi… Hahaha… Adik beradik terpisah ke? Hahaha…
hadir support
Tak mampu makan …mampu lihat jer . tq share
kalau tak silap, ada lagi grading wagyu, A6
kalau first time lalu tgk luar tak tau yg owner dia melayu dan jual steak halal
sbb nama kedai dia bunyi matsalleh
Salam bang…cuba cari restoran yg guna daging dari makmal…. Daging sintetik.
Aku teringin nk mai sana bawa anak bini..aku simpan kot mana sekali pun..mmg tk dpt nk p..macM² nk guna duit tu..tkpa la…belum tahap kempunan..hanya teringin 😁..ins sha allah..ada rezeki aku bawa anak bini aku.
Chef honda
Mampu terliur saja 🥲
Dapnye terliur tgok
mahal weh hahahah
Wagyu ni daging dia bnyak lemak dari daging tapi memang sedap dimakan begitu saja 😁
Harga mampu mimpi
aduh sedihnya tgk daging masak medium well mcm tu . .
Teliur weh 😅😆
Dgg unta ada ke?
Entah bilalah dapat merasa makan premium camni hahaha
Makan mahal2 esok jadi apa,buang saja,lebih baik sedekah kpd fakir miskin dapat pahala
Saya x pernah rasa lagi. Setakat ni masih terasa sayang duit. Nak sara anak² 4 orang di bandar besar. Walau ada simpanan n barang kemas, tapi hutang bank pun bnyk. Kalau daging tu harga RM1.5k sekali makan, tapi jumlah tu utk kami mkn sebulan. Apa² pun, bila teringat ni'mat di syurga, hilang segala rasa trkilan benda kat dunia ni. Yg penting syukuri ni'mat Tuhan yg x trhitung kat kita selama ini.
fuh nak singgah la nanti
Halal ke tu? Especially dari argentina dan japan
Comments are closed.