Warisan kini kehilangan ADUN Karamunting
Berita

Warisan kini kehilangan ADUN Karamunting

Rate info.4d5d6d.com

F53CB1E4 E0C1 4D13 B0E7 AC1C77CB562A

Hiew

SANDAKAN (March 4): Parti Warisan (Warisan) lost its 11th elected representative on Saturday when Karamunting’s George Hiew Vun Zin left the party for Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Hiew dalam satu kenyataan berkata rakyat tidak mahu lagi melihat keadaan politik tidak stabil yang mengakibatkan pembangunan dan kemajuan terbantut di Sabah termasuk kawasan Karamunting.

“Rakyat sudah bosan dengan kemelut politik di Sabah. Hanya dengan kestabilan politik kita boleh membawa pembangunan dan perubahan terutama di Karamunting yang amat memerlukan pelbagai pembaharuan dan pembangunan.

“Demi pembangunan dan kesejahteraan rakyat di kawasan Karamunting, saya mengambil keputusan menyokong kepimpinan kerajaan perpaduan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga kerajaan Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor. ,” katanya.

Hiew memenangi kerusi Karamunting atas tiket Warisan pada pilihan raya negeri 2018 dan 2020. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan selama dua tahun.

Hiew dalam kenyataannya melahirkan rasa terima kasih kepada Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal atas peluang yang diberikan kepadanya dalam arena politik.

“Namun, inilah masanya untuk memberikan tumpuan dan perhatian sepenuhnya untuk menyatupadukan rakyat Sabah, membangunkan Sabah, dan menuntut hak kita yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

“Saya akan menyumbangkan tenaga dan masa untuk bekerja dan memastikan kebajikan penduduk di kawasan saya akan terus terpelihara di samping membawa pembangunan yang diperlukan di Karamunting,” katanya lagi.

Adun lain yang keluar Warisan ialah Datuk Awang Ahmad Sah (Petagas), Datuk Peter Anthony (Melalap), Datuk Juil Nuatim (Limbahau), Rina Jainal (Kukusan), Datuk Mohammadin Ketapi (Segama), Hassan Gani Amir (Sebatik), Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin), Norazlinah Arif (Kunak), Datuk Mohammad Mohamarin (Banggi) dan Ben Chong Chen Bin (Tanjong Kapor).
Awang Ahmad, Hassan, Yusof, Norazlinah, Mohammad dan Ben menyertai Gagasan Rakyat.

Peter dan Juil membentuk Parti KDM, Rina menyertai Parti Harapan Rakyat Sabah dan Mohammadin dengan Parti Bangsa Malaysia (PBM).

GRS kini menguasai lebih dua pertiga DUN melalui sokongan parti mesra termasuk Pakatan Harapan, Parti KDM dan pembangkang Barisan-Umno Sabah.

Warisan kini tinggal dengan 14 ahli dewan undangan negeri di Sabah.

Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Datuk Nizam Abu Bakar Titingan sebelum ini berkata lebih ramai ADUN Pembangkang dijangka menyertai parti itu yang diketuai Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau mendakwa wakil rakyat khususnya dari Warisan kecewa dengan keadaan dalam parti.

 








[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Mahkamah: Bekas pengarah FTC diperintahkan membela diri atas 33 pertuduhan rasuah

info

Tiada kompromi terhadap gangguan idme KPM – Fadhlina

info

Sullyoon menangis susahnya jadi artis K-pop

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy