Polis Mentega
Berita

Tujuh NGO melaporkan filem ‘Flying Butter’ kepada polis

Rate info.4d5d6d.com

Polis Mentega

Polis Mentega

SHAH ALAM: Tujuh badan bukan kerajaan (NGO) tampil membuat laporan polis terhadap penerbitan filem kontroversi ‘Flying Butter’ kerana didakwa mengandungi adegan yang mengganggu akidah umat Islam di negara ini.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Mohd. Zai Mustafa berkata, laporan polis itu juga dibuat bagi menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar dan Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil supaya mengambil tindakan tegas terhadap penerbit tersebut.

“Saya menonton beberapa babak dalam filem ini dan ada satu babak di mana seorang bapa Islam tidak kisah anaknya makan daging babi.

“Kita lihat adegan ini tidak sepatutnya dibuat kerana ia memberi mesej yang salah, seolah-olah umat Islam di negara ini tidak peka dengan akidah mereka,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alamhari ini.

Terdahulu, filem arahan Khairil Anwar dan terbitan Meng Kheng Entertainment yang ditayangkan pada 19 Januari lalu menerusi aplikasi penstriman dalam talian itu menimbulkan pelbagai reaksi termasuk kritikan netizen.

Sementara itu, Setiausaha Sekretariat NGO Selangor, Mohd. Yusof Abdullah berkata, langkah seterusnya akan diambil sekiranya kerajaan tidak mengambil tindakan sewajarnya terhadap penerbit filem itu.

“Perlu tindakan segera daripada kerajaan kerana filem ini telah menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini. Dengan laporan kepada pihak berkuasa ini, kita berharap tidak ada lagi penerbit yang berani membuat filem yang boleh menimbulkan kekeliruan tentang Islam kepada orang ramai. ,” tegasnya.

Utusan Malaysia Rabu lalu melaporkan Mohd. Naim meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengemukakan semakan terperinci filem itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya tindakan undang-undang dapat diambil.

Malah, beliau turut meminta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memanggil pihak terbabit dalam isu penerbitan filem itu bagi mendapatkan penjelasan daripada mereka. – UTUSAN

Jawatan Tujuh NGO melaporkan filem ‘Flying Butter’ kepada polis muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Segera siasat kes kemalangan maut Genting Highlands

info

EPL: Arsenal bangkit untuk menewaskan Aston Villa

info

Inter mendominasi perlawanan derby Milan

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy