TNB membina sistem THySIS, melindungi hutan simpan
Berita

TNB membina sistem THySIS, melindungi hutan simpan

5/5 - (1 vote)

GAMBAR 1 11

GAMBAR 1 11

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang membangunkan sistemnya sendiri bagi memastikan pembinaan menara penghantarannya tidak menjejaskan spesies terancam selaras dengan komitmennya untuk memperkukuh Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Menggunakan kepakaran dalaman Bahagian Grid, Tree Hyperspectral Identification System (THySIS) dibangunkan untuk menjadi sistem pertama dan paling lengkap seumpamanya di negara ini untuk mengesan spesies pokok terancam secara automatik menggunakan teknik penderiaan jauh.

Ketua Pegawai Grid TNB, Dev Anandan berkata, sistem THySIS ini membolehkan TNB mengenal pasti flora dan fauna di kawasan terbabit sebelum mengemukakan cadangan laluan penghantaran, berbanding sebelum ini yang bergantung sepenuhnya kepada maklumat pihak berkuasa hutan.

“Justeru, sistem ini akan digunakan apabila Jabatan Perancang Tanah di TNB ingin mengenal pasti laluan atau jajaran pajakan TNB untuk kerja-kerja pembangunan menara talian penghantaran baharu.

“Ia merupakan salah satu inisiatif Bahagian Grid TNB untuk mengukuhkan lagi komitmen syarikat utiliti elektrik negara terhadap aspirasi ESG, yang merupakan salah satu agenda penting dalam memperkasa dan mempergiatkan Peralihan Tenaga,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, projek itu menyokong Pembangunan Mampan (Agenda 2030) dalam Rancangan Malaysia Ke-12 berdasarkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk rakyat menikmati kemakmuran dengan mengimbangi ekonomi, sosial dan alam sekitar.

“Projek ini diharap mampu membantu TNB dan negara memulihara hutan simpan dan tumbuhan unik terutama menyelamatkan spesies terancam daripada kepupusan,” katanya.

Sistem THySIS beroperasi dengan menggunakan kaedah pengesanan dan julat cahaya (LIDAR) bersama kaedah hiperspektral yang dipasang pada dron (kenderaan udara tanpa pemandu).

Kedua-dua sistem mengumpul data tentang tumbuhan dan memetakannya dalam bank imej.

Penggunaan THySIS membolehkan TNB mengesan awal jenis tumbuhan di kawasan cadangan dan seterusnya dapat memilih laluan pembinaan menara dan talian penghantaran bagi mengelak kawasan spesies pokok terancam.

“Jabatan Perancang Tanah TNB akan cuba sedaya upaya mengelak melalui laluan atau garisan yang mempunyai spesies terancam.

“Jabatan Perhutanan dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengenal pasti 40 spesies pokok yang tidak boleh ditebang akibat kepupusan,” katanya. – UTUSAN

Jawatan TNB membina sistem THySIS, melindungi hutan simpan muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Pengguna meminta petua untuk ‘mengikat perut’ selepas membeli kereta baharu

info

Pencahayaan jalan yang mencukupi diperlukan di batu ke-7 kata Kong DAP

info

Memanggil 53 kenderaan dalam masa kurang 3 jam

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy