SPRM digesa siasat perbelanjaan mewah PH, BN PRU15
Berita

SPRM digesa siasat perbelanjaan mewah PH, BN PRU15

5/5 - (1 vote)

shukor sprm

shukor sprm

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat perbelanjaan mewah Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Puchong, Mohd. Shukor Mustaffa mendakwa pelbagai siaran dan perkongsian media di media sosial membuktikan penganjuran ceramah mewah oleh gabungan parti politik itu.

“Mereka juga dilihat menggunakan banyak poster dan bendera selain Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menaiki helikopter mewah untuk melancong sepanjang tempoh berkempen.

“Anwar juga berkata beliau tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri dan begitu juga anaknya Nurul Izzah. Persoalannya, dari mana sumber pembiayaan untuk anak-anak ini boleh hidup mewah tanpa gaji bulanan,” katanya. pemberita ketika hadir membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Mohd. Shukor mendakwa tindakannya membuat laporan kepada badan penguatkuasa itu mendapat persetujuan pucuk pimpinan parti.

Terdahulu, beliau tiba di perkarangan Ibu Pejabat SPRM kira-kira jam 11 pagi diiringi hampir 20 ahli parti Bersatu.

Menurut Mohd. Shukor, semua perkara yang disenaraikannya menimbulkan persoalan di mana sumber sebenar dana PH dan BN yang diketuai oleh Anwar dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi BN.

“Kita berharap siasatan menyeluruh oleh SPRM dapat dijalankan terhadap PH dan BN khususnya terhadap Anwar dan keluarganya.

“SPRM adalah badan yang harus bebas dan berkecuali. Laporan ini memerlukan tindakan yang adil dan segera daripada SPRM,” tegasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, selepas hampir tiga bulan memegang jawatan dalam kerajaan, PH dan BN harus fokus kepada masalah kenaikan kos sara hidup dan krisis kesihatan di Malaysia yang masih belum pulih sepenuhnya.

Bagaimanapun katanya, tumpuan mereka sebaliknya lebih kepada mencipta fitnah dan tohmahan terhadap seteru politik mereka khususnya Bersatu.

“Pelbagai tohmahan dan tohmahan dilemparkan kepada Bersatu bagi menimbulkan persepsi negatif terutama ketika hampir Pilihan Raya Negeri di enam negeri,” katanya. UTUSAN

Jawatan SPRM digesa siasat perbelanjaan mewah PH, BN PRU15 muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

Pertubuhan Kapit mengumpul 41 pain semasa memandu darah

info

Pejuang sanggup memilih parti yang penuh dengan rasuah – Tun M

info

Warga rumah panjang Sg Lijan menggesa kementerian tidak mengeluarkan lesen kepada syarikat untuk membersihkan tanah untuk ladang, pembalakan

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy