
KUALA SELANGOR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat isu ketidakcekapan dan ketirisan berhubung kerugian RM157 juta oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) Holdings Sdn Bhd.
“Kita serahkan (kerugian) itu kepada SPRM,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan Syarahan Utama Siddiq Fadzil mengenai Pembaharuan Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia di Universiti Selangor (Unisel), di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar tempatan berhubung kerugian RM157.04 selama empat tahun berturut-turut.
Berdasarkan laporan kewangan 2017 dan 2021, syarikat yang menjadi harapan UiTM itu juga didapati tidak memaklumkan laporan kewangannya bagi tahun 2020, justeru kerugian kumulatif yang dicatatkan dalam tempoh 10 tahun adalah sebanyak RM157.8 juta.
Malah, UiTM Holdings mengesahkan isu kerugian itu sedang disiasat SPRM. -COSMO! DALAM TALIAN
Jawatan Serahkan kepada SPRM untuk menyiasat UiTM Holdings muncul pertama kali pada Kosmos Digital.
KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL