Percepatkan projek tebatan banjir di Kota Tinggi
Berita

Percepatkan projek tebatan banjir di Kota Tinggi

Rate info.4d5d6d.com

WhatsApp Image 2023 03 04 at 15.29.37 1

KOTA TINGGI – Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang akan dilaksanakan di Kota Tinggi perlu disegerakan agar masalah banjir yang kerap berlaku di kawasan ini dapat diatasi.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dua projek tebatan dengan kos RM700 juta daripada Kerajaan Persekutuan, satu daripadanya telah pun ditender.

Beliau berkata, bagaimanapun, satu lagi projek sedang dalam proses ditender dan ia perlu dimulakan segera.

“Ada dua projek, satu sudah ditender, satu lagi saya dalam kabinet juga memaklumkan untuk menyegerakan tender projek ini kerana kita berharap sekiranya dapat dimulakan segera kita dapat memastikan banjir yang kerap berlaku di Kota Tinggi akan tidak berlaku lagi.

“Dua projek besar tebatan banjir yang diumumkan Perdana Menteri itu melibatkan kos kira-kira RM700 juta,” katanya kepada media selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Mawai di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan kementerian telah mengenal pasti pelajar institut pengajian tinggi yang terkandas akibat banjir.

“Memang benar, sudah dikenal pasti ada pelajar yang terkandas dan sebagainya. Setiap universiti akan mengambil perhatian dan akan mengambil peranan bagaimana ia boleh menyumbang untuk mengurangkan kesan kepada mereka,” katanya. – KOSMO! DALAM TALIAN

Jawatan Percepatkan projek tebatan banjir di Kota Tinggi muncul pertama kali pada Kosmos Digital.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Kes cubaan culik, tahap keselamatan JPNM di sekolah

info

Dr Sim: Pengambilan penjawat awam bukan sahaja berdasarkan kuota etnik tetapi juga meritokrasi

info

UMNO Maran perlu berubah jika tidak mahu ditolak rakyat selamanya

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy