Saya tidak boleh dipersalahkan - Tun M
Berita

Saya tidak boleh dipersalahkan – Tun M

5/5 - (1 vote)

tun salah

tun salah

PUTRAJAYA: “Saya tidak faham kenapa orang menyalahkan saya kerana meletak jawatan kerana orang yang patut dipersalahkan ialah orang yang tidak menyokong kedudukan saya ketika itu,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Demikian reaksi baginda terhadap titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 pada 13 Februari lalu.

Yang di-Pertuan Agong bertitah, sekiranya episod yang membawa kepada perletakan jawatan Perdana Menteri ke-7 itu tidak berlaku, rantaian kemelut politik yang berlarutan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) boleh dielakkan.

Dr Mahathir berkata, semasa krisis politik pada 2020, beliau meminta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menangguhkan keputusan meninggalkan Pakatan Harapan (PH).

“Saya letak jawatan sebab parti saya (Bersatu) tolak saya dan kebiasaannya dalam demokrasi apabila kita ditolak parti sendiri barulah kita letak jawatan.

“Malah, ketika itu saya juga sedar kerajaan PH akan tumbang kerana lompatan Bersatu dan beberapa ahli parlimen PKR.

“Bila PH tumbang, nak jadi Perdana Menteri pun saya tak boleh sebab parti saya bukan lagi kerajaan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Katanya, beliau juga tidak boleh menyerahkan tampuk kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu kerana mengikut proses biasa ia perlu diserahkan kepada Parlimen, tetapi Parlimen tidak bersidang ketika itu.

Pada 23 Februari 2020, Bersatu mengumumkan keluar daripada gabungan PH melalui kenyataan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Langkah itu jelas dibuat oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Muhyiddin dalam mesyuarat khas yang diadakan malam sebelumnya.

Ia menyebabkan Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 24 Februari.

Ditanya mengenai dakwaan ada pihak yang meragui UMNO untuk membela orang Melayu selepas menyertai Kerajaan Perpaduan, Dr Mahathir berkata, mereka (UMNO) sebenarnya tidak layak menjadi kerajaan.

Katanya, beliau hairan mengapa UMNO masih dipercayai walaupun pemimpinnya berdepan 47 pertuduhan rasuah.

Dalam perkembangan sama, Dr Mahathir turut menyuarakan kebimbangannya bahawa kerajaan hari ini akan mengubah sempadan pilihan raya sekali gus mengancam kedudukan orang Melayu.

“Kini saya diberitahu mereka berjaya mengumpul sehingga dua pertiga majoriti, saya takut dengan majoriti ini mereka akan menukar kawasan dan menjadikan orang Melayu terpencil,” katanya. – UTUSAN

Jawatan Saya tidak boleh dipersalahkan – Tun M muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

DJ Rancangan Ellen DeGeneres membunuh diri

info

Mahkamah: Lelaki Kudung yang mendalangi pelaburan palsu dipenjara enam bulan

info

MOF menerima lebih RM8 bilion selepas menyelesaikan pertikaian 1MDB

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy