Meraikan hari lahir anak lelaki saya yang berusia 5 tahun di Dubai, berjumpa dengan Salt Bae
Berita

Meraikan hari lahir anak lelaki saya yang berusia 5 tahun di Dubai, berjumpa dengan Salt Bae

Rate info.4d5d6d.com

WhatsApp Image 2023 03 04 at 15.13.01

PETALING JAYA – Pengasas kosmetik, Sheilanan sanggup membawa anaknya, Muhammad Luth Akbar ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menyambut ulang tahun kelahirannya yang kelima.

Menerusi perkongsian klip video di media sosialnya memaparkan percutian mewah yang menjadi sebutan orang ramai.

Berdasarkan video berdurasi 32 saat itu, ia menunjukkan Muhammad Luth menaiki kapal terbang dalam kelas perniagaan serta menikmati hidangan di restoran terkemuka Nusr-et sambil ditemani Salt Bae.

Muhammad Luth juga sempat menaiki helikopter mengelilingi kota Dubai, menaiki bot mengelilingi Atlantis, The Palm, dan melawat padang pasir dengan menaiki unta.

Lebih mengujakan, selain besar dan selesa, bilik Muhammad Luth turut berlatar belakangkan pemandangan ikonik Dubai terhadap bangunan pencakar langit Burj Khalifa.

Siaran itu kini telah mendapat 2.4 juta tontonan dengan 2.2 juta suka dan 22,400 komen.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai mengucapkan selamat hari lahir kepada Muhammad Luth dan berkongsi kegembiraan di atas percutian mewah itu.

“Selamat Hari Lahir abang, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta sihat selalu. Dengar cakap mak ayah tak apa,” ujar Nish.

“Rezeki awak sayang. Lain orang, lain rezeki kawan. Ikut kemampuan masing-masing,” kata Syeera.

“Selamat hari lahir abang. Bertuahnya dapat ibu macam ni. Jaga ibu baik-baik bila dah tua nanti,” ujar Amira. – KOSMO! DALAM TALIAN

Jawatan Meraikan hari lahir anak lelaki saya yang berusia 5 tahun di Dubai, berjumpa dengan Salt Bae muncul pertama kali pada Kosmos Digital.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Sisa besi yang disimpan di luar kilang di Sejingkat terbakar

info

Keputusan EIA projek PSI dijangka muktamad bulan depan

info

AS berkata China melepaskan rahsia intel dengan menembak jatuh belon

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy