Rombakan mentor Akademi Qurra' tidak menganggu tumpuan peserta
Berita

Rombakan mentor Akademi Qurra’ tidak menganggu tumpuan peserta

5/5 - (1 vote)

akademi qurra rombakan

PETALING JAYA – Pertukaran mentor yang berlangsung dalam program siaran TV AlHijrah, Akademi Qurra’ pada minggu keempat minggu lalu dilihat sebagai salah satu cabaran pertandingan, namun tidak memberi sebarang implikasi kepada peserta.

Menurut Pengurus Penyelidikan Penjenamaan dan Khalayak TV AlHijrah, Zulkarnaen Mokhtar, para peserta terlibat dalam proses pertukaran terbuka dengan merombak produksi.

Zulkarnaen berkata demikian bagi mengulas lanjut kekecewaan Mudarrisah Soufizah yang mempersoalkan tindakan program produksi menukar pelajarnya.

“Tiada peserta yang kecewa dengan pertukaran tenaga pengajar, cuma mengaku ada perbezaan kaedah pengajaran oleh golongan mudarris. Mungkin kalau dilihat Ustazah Soufizah mengajar dengan lebih terperinci kerana dia juga seorang guru.

“Berbeza dengan yang lain, ada yang mengajar dengan lebih santai. Tetapi, daripada maklum balas yang diterima, semuanya baik dan okey. Kita mahu mereka dapat mengimbangi dan sama rata dari segi kaedah pembelajaran,” katanya.

Susulan rombakan itu, katanya, pihaknya juga bersetuju program yang memasuki minggu kelima bersiaran Sabtu lalu itu tidak akan membuat sebarang penyingkiran dalam memberi peluang kepada peserta menyesuaikan pembelajaran dengan mentor baharu atau mudarris dan mudarrisah.

“Kami telah menetapkan bahawa tidak akan ada penyingkiran kerana pertukaran antara tenaga pengajar dan peserta. Jadi, kami ingin memberi sedikit masa untuk tilmiz dan mudarris menyesuaikan diri.

“Selain itu, hakim tetap Ustaz Tarmizi yang dihubungi pihak produksi ketika berada di Tanah Suci turut berharap agar tidak berlaku penyingkiran dan diminta menunggu sehingga dia pulang minggu depan. Ini juga punca mengapa ada tiada penyingkiran minggu kelima ini,” katanya.

Berkongsi tentang perkembangan dan penambahbaikan setiap peserta berikutan aksi mengejut itu, jelas Zulkarnaen, pada peringkat ini tilmiz dan tilmizah juga sudah mendapat gambaran yang lebih jelas tentang persaingan dan kekuatan masing-masing.

“Dari segi penambahbaikan, memang ada perubahan yang berlaku dari minggu pertama hingga kelima. Kalau dilihat pada kedudukan markah dan persembahan memang berubah, jadi kedudukan teratas setiap minggu tidak boleh dijangka.

“Melalui keputusan ini kita dapat lihat peserta sudah mula bersaing dan tidak pernah dalam satu episod peserta yang berada di kedudukan tiga teratas adalah orang yang sama. Saya lihat dalam beberapa minggu kebelakangan ini ada peserta yang memberikan persembahan terbaik,” katanya.

Memilih tema Wira Negara minggu ini, Tilmiz Zuhdi menjadi tumpuan apabila berada di kedudukan teratas, diikuti Tilmizah Nooraini dan ketiga, Tilmiz Akasyah.

Sementara itu, Tilmiz Zuhdi turut menerima Anugerah Melodi Terbaik.

Program Akademi Qurra’ yang dihoskan oleh Fakhrul UNIC ini disiarkan setiap Sabtu jam 9 malam dan diadili sepenuhnya oleh juri tetap iaitu Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, Qari Muhammad Qayyim Nizar dan juri jemputan berbeza setiap minggu. – COSMO! DALAM TALIAN

Jawatan Rombakan mentor Akademi Qurra’ tidak menganggu tumpuan peserta muncul pertama kali pada Kosmos Digital.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

UMNO kalah PRU15: Saya beritahu tadi

info

Pelajar sekolah yang memandu merempuh bilik darjah

info

Sukma ke-20: Kontinjen Sarawak mesti mempunyai mentaliti kemenangan untuk menjadi juara keseluruhan, kata Abd Karim

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy