Sarung pakaian Power Rangers
Berita

Sarung pakaian Power Rangers

Rate info.4d5d6d.com

lead 4 e1675851936250

KUALA TERENGGANU – Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki dan anak lelakinya apabila mereka berpakaian seperti watak animasi untuk menghiburkan orang ramai bagi menambah pendapatan mereka semasa ekonomi yang mencabar sekarang.

Mohd. Amirul Alif Jofri, 32, berkata, idea memakai kostum Batman, Power Rangers dan Spiderman tercetus apabila dia memikirkan untuk menambah pendapatan keluarganya bagi menghadapi isu kenaikan harga barang.

Katanya, dia mengambil upah melayan tetamu di majlis kenduri dan mengenakan bayaran RM100 sejam sejak tiga tahun lalu.

“Saya bersyukur kerana sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan saya menerima banyak jemputan ke majlis keraian di luar Terengganu.

“Jika tiada jemputan terutama pada hujung minggu, saya mencuba nasib di kawasan tumpuan pelancong sekitar bandar ini seperti Pantai Batu Burok dan Pasar Raya Kedai Payang,” katanya ketika ditemui di Pasaraya Kedai Payang di sini semalam.

Menurut bapa kepada dua anak itu, ramai pengunjung terutama kanak-kanak terhibur dengan aksinya memakai kostum animasi dan ingin bergambar serta video bersama.

“Untuk persembahan di tempat awam, saya tidak menetapkan caj tetap untuk mengambil gambar dan video. Terpulang kepada budi bicara pengunjung terbabit untuk menghulurkan sumbangan.

“Saya hanya bekerja membantu ibu menjual mainan di pasar pagi dan pasar malam. Beraksi dengan kostum ini adalah usaha saya menambah pendapatan dalam tempoh ekonomi yang mencabar ini,” katanya.

Mohd. Amirul Alif berkata, kesungguhannya turut menyakinkan anak bongsunya, Muhammad Afif Darwis, 8, untuk menyertainya membuat persembahan.

Katanya, anaknya tidak segan silu memakai kostum animasi bagi menghiburkan orang ramai.

“Walaupun baru berusia lapan tahun, keyakinan diri tinggi dan persembahan kostum animasi turut mengeratkan hubungan kami anak-anak,” katanya.

Kata Mohd. Amirul Alif, selain mendapat rezeki, kami gembira melihat kegembiraan orang ramai terutama kanak-kanak dengan watak animasi kegemaran mereka.

Jawatan Sarung pakaian Power Rangers muncul pertama kali pada Kosmos Digital.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Hilang tanpa jejak selama 6 hari, pelajar PhD ditemui mati

info

Zambry: Malaysia menghantar 70 anggota SMART bagi membantu usaha mengesan mangsa gempa bumi di Turki

info

Firdaus Wong jadi saksi kes Ebit Lew

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy