Rafizi, Nor Azmie dilantik menganggotai Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Peneraju
Berita

Rafizi, Nor Azmie dilantik menganggotai Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Peneraju

5/5 - (1 vote)

PETALING JAYA: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Nor Azmie Diron dilantik menganggotai Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), berkuat kuasa 27 Mac ini.

Yayasan Peneraju dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Lembaga Pemegang Amanahnya dilantik secara pro-bono.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Ts. Dr Mohd Muzzammil Ismail berkata Yayasan Peneraju mengalu-alukan pelantikan baharu dalam Lembaga Pemegang Amanahnya dan akan bekerjasama dengan pengurusan mereka ke arah membawa Yayasan Peneraju ke hadapan.

“Bersama-sama sebagai organisasi yang dipacu data, kami akan berusaha ke arah mereka bentuk dan menawarkan lebih banyak program dipacu industri untuk meningkatkan kebolehpasaran belia dengan kemahiran yang betul, kaedah ‘tempat dan latih’ kami dan akhirnya meningkatkan ekonomi negara.

“Kami juga berterima kasih kepada Lembaga Pemegang Amanah terdahulu atas bimbingan dan sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan mereka,” katanya.

Yayasan Peneraju ialah sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan pada 2012 untuk memberi tumpuan kepada pengukuhan pembinaan kapasiti ke arah kelestarian bakat Bumiputera.

Ini selaras dengan usaha kerajaan untuk memacu Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi melalui program pembiayaan akademik, TVET, profesional, teknologi dan pakar berstruktur.

Yayasan Peneraju telah berjaya meningkatkan kemahiran dan kemahiran semula lebih 57,000 modal insan termasuk golongan B40, M40, luar bandar dan terpinggir melalui lebih 440 program bagi membolehkan mereka menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. – UTUSAN

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Netizen bimbang dengan video seorang tukang kayu memakai bikini ketika bekerja

info

Kerajaan memberi tumpuan untuk menambah baik sektor kesihatan dan pendidikan pada tahun ini

info

Chong: Tidak perlu MPP mempunyai ibu pejabat baru RM60 juta sekarang

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy