Polis merampas dadah bernilai RM5.5 juta
Berita

Polis merampas dadah bernilai RM5.5 juta

5/5 - (1 vote)

IPOH: Kegiatan sindiket dadah yang menjadikan dua rumah di Pantai Remis, Manjung sebagai makmal pemprosesan dan pembungkusan dadah seperti pil ekstasi terbongkar selepas diserbu polis Sabtu lalu.

Serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak itu membawa kepada penemuan pelbagai jenis dadah seberat 79.6 kilogram (kg) bernilai RM5.5 juta.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, dalam serbuan pertama jam 7 pagi di sebuah taman perumahan di Pantai Remis, seorang lelaki tempatan dan tiga wanita warga Vietnam berusia 32 hingga 39 tahun ditahan.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, ditemui sebanyak 245 biji pil ekstasi dengan anggaran berat 100 gram dan serbuk 1.2kg disyaki dadah ekstasi.

“Turut dirampas dalam operasi di rumah sewa suspek ialah bahan kimia dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses dan membungkus dadah.

“Susulan penahanan itu, serbuan susulan telah dilakukan di kawasan Panchor, Pantai Remis pada jam 3.30 petang di mana sebanyak 11,838 biji pil ekstasi dengan anggaran berat 5.6kg telah dirampas,” katanya dalam sidang media di IPK Perak disini hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di rumah berkenaan menemui 38.3kg serbuk disyaki ekstasi, 31.3kg cecair disyaki ekstasi, 2kg daun kering disyaki ganja, kristal disyaki methamphetamine seberat 844 gram dan disyaki dadah heroin dengan anggaran berat 162 gram.

Beliau berkata tindakan turut diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Rampasan Harta) 1988 apabila tiga kenderaan iaitu Ford Mustang, Toyota Alphard dan Toyota Triton, rantai dan cincin dianggarkan bernilai RM763,693 dirampas.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas lelaki itu dan tiga pekerjanya mendapati keempat-empat mereka positif dadah jenis amphetamine.

“Semakan juga mendapati suspek lelaki terbabit mempunyai sembilan sabitan lampau dalam kes jenayah,” katanya.

Tambahnya, sindiket itu dipercayai aktif sejak awal 2022 dan dadah yang dirampas itu diedar untuk pasaran tempatan.

Katanya, jumlah dadah yang dirampas boleh digunakan seramai 258,214 penagih dadah.

“Kesemua suspek direman tujuh hari bermula Ahad lalu hingga Sabtu depan untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – UTUSAN

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Seorang warga emas melecur dalam kebakaran rumah

info

AJK masjid, surau akan dipecat sekiranya benar penceramah tiada tauliah

info

‘Kalau dah jadi suami kenapa nak layan?

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy