Sediakan infrastruktur, kemahiran sumber manusia - Anwar
Berita

Sediakan infrastruktur, kemahiran sumber manusia – Anwar

5/5 - (1 vote)

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua kementerian dan jabatan menyediakan infrastruktur dan kemahiran sumber manusia bagi menerima pelaburan asing yang semakin rancak ke negara ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, Kementerian Kewangan (MOF) perlu membantu menyelaraskan bidang yang kurang diberi perhatian termasuk berkaitan kemahiran sumber manusia sebagai persediaan menerima pelaburan asing.

“Saya menegaskan pelaburan RM25.5 bilion oleh Amazon Web Services (AWS) dan RM170 bilion oleh China, memberi ‘kesan bola salji’ dalam pelaburan Malaysia, apabila banyak negara menunjukkan minat untuk membuat pelaburan di negara ini.

“Pelaburan di Malaysia semakin meningkat berikutan sistem politik yang stabil dan dasar kerajaan yang jelas serta usaha awal pegawai kerajaan dalam menarik pelaburan yang telah membuahkan hasil yang begitu baik,” katanya pada Mesyuarat Bulanan MOF, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada semua penjawat awam yang telus dan cekap dalam memudahkan dan melicinkan proses serta meyakinkan pelabur bahawa ia akan memberi manfaat kepada negara. – COSMO! DALAM TALIAN

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Cuaca buruk di utara, Pantai Timur Semenanjung sehingga jam 4 petang

info

Kantoi kali kedua puncanya ditumbuk – Shuhada

info

‘Kalau dah jadi suami kenapa nak layan?

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy