Penyelia cedera di muka, bahu diserang beruang matahari
Berita

Penyelia cedera di muka, bahu diserang beruang matahari

5/5 - (1 vote)

090223 trg diserang beruang matahari

090223 trg diserang beruang matahari scaled

SETIU: Seorang penyelia syarikat pembalakan cedera di muka dan bahu kiri selepas diserang beruang matahari di Kampung Tok Dor, Hulu Terengganu dekat sini, minggu lalu.

Mohd. Syukri Zakaria, 39, berkata, kejadian pada 1 Februari lalu berlaku ketika dia bersama seorang lagi rakannya hendak membaiki paip kira-kira 500 meter dari rumah kongsi yang diduduki pekerja syarikat itu.

Menurutnya, mereka terdengar bunyi aneh dari semak berhampiran sebelum haiwan itu tiba-tiba muncul.

Ini menyebabkan mereka melarikan diri untuk menyelamatkan diri.

“Saya terjatuh menyebabkan beruang matahari setinggi dua meter itu menerkam dengan kepalanya ke arah muka saya.

“Saya cuba mengelak tetapi haiwan itu menjadi lebih agresif apabila menggigit bahu saya menyebabkan saya sakit dan panik.

“Pergaduhan berlaku lima minit sebelum saya melaungkan ‘Allahuakbar’ sekuat hati dan beruang itu melepaskan gigitannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pelong di sini semalam.

Jelasnya, selepas haiwan liar itu masuk semula ke dalam semak, dia berjalan kaki selama lebih 20 minit dalam kesakitan untuk mendapatkan bantuan.

Katanya, dia diberi rawatan di Hospital Hulu Terengganu sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada hari sama dan hanya dibenarkan keluar semalam.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan dia menerima tujuh jahitan di mukanya akibat dicakar manakala bahu kirinya berlubang akibat gigitan beruang itu.

“Pekerja di rumah kongsi itu sering terserempak dengan haiwan liar itu, tetapi mereka tidak pernah bertindak agresif,” katanya.

Mohd. Syukri berkata, kejadian itu merupakan kali pertama dia diserang beruang matahari sejak bekerja di kawasan itu, namun dia mengakui ia tidak menakutkan malah akan lebih berhati-hati.

Susulan kejadian itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Ajil, Hulu Terengganu dan memaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri. – UTUSAN

Jawatan Penyelia cedera di muka, bahu diserang beruang matahari muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Mas Ermieyati kekal sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah

info

Singapura mempunyai 250,000 Jutawan & 26 Billionaire

info

UMNO kalah PRU15: Saya beritahu tadi

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy