Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh kenderaan yang rosak di lorong kecemasan
Berita

Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh kenderaan yang rosak di lorong kecemasan

5/5 - (2 votes)

WhatsApp Image 2023 03 05 at 17.46.34 censored

WhatsApp Image 2023 03 05 at 17.46.34 censored

REMBAU: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta di lorong kecemasan dalam kejadian di Kilometer 234.4, Lebuh Raya Utara-Selatan (Arah Utara), di sini, pagi tadi.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa Mohd Faliq Maula Abd Rahman, 33, dari Batu Pahat, Johor disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, kemalangan itu melibatkan dua kenderaan iaitu skuter Honda ADV 150 dan sebuah kereta Proton Iriz dipandu lelaki berusia 34 tahun.

“Siasatan awal mendapati penunggang motosikal itu dari arah Ayer Keroh, Melaka menghala ke Senawang. Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa hilang kawalan dan merempuh bahagian belakang kereta yang berada di lorong kecemasan.

“Kereta itu mengalami kerosakan enjin, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hazri berkata lagi, pemandu kereta bersama isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Rembau untuk tujuan bedah siasat esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-UTUSAN.

 

Jawatan Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh kenderaan yang rosak di lorong kecemasan muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Terengganu tidak berminat dengan Akhyar

info

Video viral: Lelaki yang membuang sampah di sungai ditahan

info

Penyelia syarikat keselamatan didakwa dengan pengedaran heroin

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy