Penonton Blackpink masih tidak dapat melupakan konsert Siti Nurhaliza
Berita

Penonton Blackpink masih tidak dapat melupakan konsert Siti Nurhaliza

5/5 - (1 vote)

blackpink siti nurhaliza e1678004992610

PETALING JAYA – Jumlah warna merah jambu yang menggegarkan Stadium Bukit Jalil malam tadi susulan konsert kumpulan terkenal Korea Selatan, Blackpink masih hangat hingga kini.

Rata-rata di media sosial, kebanyakan penonton yang menghadiri konsert itu giat memuat naik video dan gambar artis kegemaran mereka.

Bagaimanapun, penonton konsert Blackpink seramai 62,000 semalam masih belum mampu mengatasi jumlah penonton konsert penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

carta penonton
Gambar carta bilangan penonton yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

Menerusi Pop Crave Asia, konsert Siti Nurhaliza pada 2004 mencatatkan penonton lebih 70,000 penonton di lokasi sama iaitu Stadium Bukit Jalil.

Jumlah itu hampir tercabar dengan konsert AR Rahman yang diadakan pada 28 Januari lalu dengan lebih 67,000 penonton.

Konsert Blackpink malam tadi menduduki tempat ketiga dengan jumlah penonton seramai 62,000 orang yang memenuhi stadium.

Pada tahun 2004, konsert Siti Nurhaliza merupakan jelajah konsert pertamanya di mana Siti menjelajah 15 lokasi menarik di seluruh Malaysia.

Difahamkan lebih sejuta penonton telah menghadiri konsert itu dan itu merupakan jumlah penonton terbesar dalam sejarah sesebuah konsert di Malaysia. – COSMO! DALAM TALIAN

Jawatan Penonton Blackpink masih tidak dapat melupakan konsert Siti Nurhaliza muncul pertama kali pada Kosmos Digital.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Pekerja binaan tertimbus, mati di tingkat 51 banggunan

info

Majlis Bandaraya Miri menubuhkan pasukan petugas untuk membangunkan Old Man Street menjadi tarikan pelancong

info

Pakar menemui teratai gergasi terbesar di dunia

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy