SHAH ALAM – Perbuatan seorang remaja lelaki menimbulkan masalah melalui bunyi ekzos motosikalnya membawa kepada penahanannya di Dataran Kemerdekaan Seksyen 14, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah malam itu, suspek berusia 19 tahun itu terperangkap apabila terjatuh ketika cuba melarikan diri.
Insiden itu turut menjadi viral menerusi video berdurasi 31 saat di laman aplikasi TikTok.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, dua Unit Peronda Bermotosikal (URB) Balai Polis Seksyen 9 yang menerima aduan mengenai kumpulan motosikal membuat bising telah pergi ke lokasi bagi tujuan pemantauan dan pemeriksaan di lokasi.
“Apabila tiba, didapati suspek yang dikenal pasti membuat bunyi bising cuba melarikan diri namun terjatuh ketika membuat selekoh.
“Suspek dan motosikal yang digunakan ketika kejadian telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tegasnya, sebanyak tujuh saman atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan bersama motosikal suspek kemudian dirampas mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -KOSMO!ONLINE
Jawatan Bunyi ekzos yang bising muncul pertama kali pada Kosmos Digital.
[ad_2]
KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL