Napoli menyasarkan dua kejuaraan
Berita

Napoli menyasarkan dua kejuaraan

5/5 - (1 vote)

NAPOLI

SPEZIA – Kedudukan Napoli selaku pendahulu saingan Serie A terus kukuh selepas mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Spezia pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Alberto Picco malam tadi.

Dalam perlawanan itu, penyerang Napoli, Victor Osimhen memastikan dia terus mendahului senarai penjaring terbanyak Serie A musim ini apabila menjaringkan dua gol, manakala satu lagi gol dijaringkan Khvicha Kvaratskhelia.

Selepas kemenangan besar itu, jurulatih Napoli, Luciano Spalletti terus meletakkan sasaran tinggi apabila dia meletakkan sasarannya untuk gelaran berganda dengan memenangi Serie A dan Liga Juara-Juara.

“Mana-mana pasukan boleh kekal atau menukar sasaran pada bila-bila masa. Bagi Napoli, kami telah memutuskan untuk mempertaruhkan keupayaan pasukan untuk mengejar kejuaraan berganda musim ini.

“Saya harap semua pemain terus bermain seperti ini, iaitu turun dengan mentaliti kemenangan dalam setiap perlawanan. Kami perlu melakukannya untuk membalas kepercayaan semua penyokong Napoli,” katanya.

Mengulas prestasi pemainnya, beliau gembira kerana mereka menunjukkan semangat juang yang tinggi sepanjang perlawanan.

“Apa yang membezakan perlawanan ini ialah mentaliti pemain Napoli kerana bukan mudah untuk beraksi di stadium ini, ditambah lagi kelebihan yang ada pada Spezia di bahagian tengah,” kata Spalletti. – AGENSI

Jawatan Napoli menyasarkan dua kejuaraan muncul pertama kali pada Kosmos Digital.

[ad_2]

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

Satu kajian di China mendedahkan bahawa minum teh boleh meningkatkan kesuburan lelaki

info

Terengganu tidak berminat dengan Akhyar

info

Pemandu kapal tangki cedera selepas merempuh penghadang di jejambat berhampiran padang MCC

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy