Mohd.  Zuki mendahului 22 penerima anugerah, pingat perak
Berita

Mohd. Zuki mendahului 22 penerima anugerah, pingat perak

5/5 - (1 vote)

nazrin pingat

nazrin pingat

KUALA KANGSAR: Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Zuki Ali hari ini mengetuai senarai 22 penerima Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perak daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Mohd. Zuki, 61, dianugerahkan Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena sambutan hari keputeraan Sultan Nazrin yang disambut pada 4 November lalu.

Pada majlis penganugerahan yang sama, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain telah dianugerahkan Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama Dato’ Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Datuk kepada Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Isham Ishak.

Baginda juga berkenan mengurniakan Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk kepada 14 orang tokoh yang terdiri daripada Ketua Hakim Syarie Mahkamah Induk Syariah Perak, Ab. Rahman Thobroni Mohd. Manor; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke London, Kementerian Luar Negeri, Datuk Zakri Jaafar; Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Rosli Isa; Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Anis Rizana Mohd. Zainudin dan Ketua Pengarah Arkib Negara, Jaafar Sidek Abdul Rahman.

Penerima lain yang menerima DPMP ialah Pengarah Pejabat Pembangunan Perak, Shamshuzaman Sulaiman; Pengarah Kanan Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu Jabatan Kerja Raya, Ir. Zulkipli Nasri; Pakar Perubatan Perunding Penyakit Berjangkit di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Dr Ker Hong Bee dan Ketua Jabatan Pembedahan Kardiothoracic Institut Jantung Negara, Dr Alwi Mohamed Yunus.

Penerima DPMP lain ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd Datuk Dr Hussamuddin Yaacub; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Universiti Sunway, Dr. Lee Fuh Yen; Ketua Pegawai Eksekutif Lumut Maritime Terminal Sdn. Bhd., Mubarak Ali Gulam Rasul dan Presiden Persatuan Eurasia Selangor dan Serantau, Shiela Eleanor De Costa.

Bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Allahyarham Profesor Datin Dr Mehrun Siraj secara anumerta menerima ijazah DPMP yang diwakili suaminya, Datuk Sulaiman Abdullah.

Sultan Nazrin juga berkenan mengurniakan Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Dato’ Pahlawan kepada lima penerima.

Mereka ialah Kumpulan Jurutera Medan Markas Pemerintah, Medan Barat Tentera Darat, Mejar Jeneral Abdul Hamid Mohd. Yesus; Penasihat Pertahanan ATM, Brigedier Jeneral Safwan@Asri Ismail; Kor Kesihatan Diraja Markas Tentera Darat Malaysia, Brigedier Jeneral Dr Mohd. Ghazalli Mohd. Taha; Inspektor Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Laksamana Muda Abd. Halim Shaari dan Ketua Cawangan Khas PDRM Perak, Senior Asisten Komisioner Shazeli Kahar.

Keberangkatan bersama-sama pada majlis itu, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri, Datin Aezer Zubir.

Sempena hari keputeraan Sultan Nazrin kali ini, seramai 212 penerima telah menerima perkenan baginda untuk dianugerahkan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perak, yang mana 22 individu menerima darjah kebesaran masing-masing hari ini. – UTUSAN

Jawatan Mohd. Zuki mendahului 22 penerima anugerah, pingat perak muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Maritim Malaysia perlukan 700 anggota baharu

info

PM Anwar mahu Kabinet, penjawat awam bekerja sebagai satu pasukan

info

Wilayah Fujian berharap untuk perdagangan dua hala yang lebih rapat dengan Sibu

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy