MOF menerima lebih RM8 bilion selepas menyelesaikan pertikaian 1MDB

MOF menerima lebih RM8 bilion selepas menyelesaikan pertikaian 1MDB

5/5 - (1 vote)

081022 1mdb

081022 1mdb

PETALING JAYA: Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) dan Aabar Investments PJS (Aabar PJS) yang berpangkalan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersetuju membayar RM8.06 bilion (AS$1.8 bilion) kepada Kementerian Kewangan (Diperbadankan) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ini sekali gus menamatkan pertikaian antara kedua-dua pihak di mahkamah berhubung skandal 1MDB.

“Kementerian Kewangan (Diperbadankan) dan 1MDB telah mencapai penyelesaian berhubung pertikaian dengan IPIC dan Aabar PJS berhubung prosiding undang-undang di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London dan Mahkamah Tinggi London.

“Sehubungan itu, IPIC dan Aabar PJS bersetuju membayar AS$1.8 bilion kepada Kementerian Kewangan (Diperbadankan) dan 1MDB.

“Malaysia dan Abu Dhabi berharap dapat terus bekerjasama demi kemakmuran dan manfaat ekonomi kedua-dua negara pada masa hadapan,” kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan.

Pada 5 November 2021, Malaysia telah diberi kebenaran oleh mahkamah London untuk meneruskan tindakan terhadap IPIC dan Aabar PJS yang didakwa terlibat dalam penipuan 1MDB.

Kerajaan Malaysia mencabar penyelesaian antara kedua-dua pihak pada 2017, dengan alasan IPIC dimiliki oleh kerajaan Abu Dhabi dan Aabar PJS menyedari dakwaan penipuan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika perjanjian itu ditandatangani. – UTUSAN

Jawatan MOF menerima lebih RM8 bilion selepas menyelesaikan pertikaian 1MDB muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.



KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL