Maritim Malaysia perlukan 700 anggota baharu
Berita

Maritim Malaysia perlukan 700 anggota baharu

5/5 - (1 vote)

maritim2

maritim2

PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memerlukan lebih 700 anggota baharu bagi mengisi kekosongan jawatan di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd. Zubil Mat Som berkata, pengambilan itu penting bagi mengisi kekosongan berikutan ada kakitangan yang bersara dan sebagainya.

Beliau berkata, pihaknya masih kekurangan 20 peratus daripada hampir 4,000 perjawatan yang diluluskan kerajaan.

“Kita berharap ia dapat diisi secepat yang mungkin,” katanya ketika ditemui selepas hadir Perbarisan Paluan Berundur sempena persaraannya di Dataran Pahlawan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Zubil berkata, pihaknya mengakui Maritim Malaysia akan menghadapi cabaran besar dalam menjaga keselamatan perairan negara pada masa depan terutamanya dalam membanteras penyeludupan rokok dan pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Jika dahulu, kita lihat ancaman jenayah bersifat tradisional, namun kini kes penyeludupan rokok dan PATI turut berkait dengan pengubahan wang haram.

“Malah, bukan itu sahaja, di belakang itu (kes penyeludupan), ada (sindiket) yang lebih besar dan itu yang perlu kita banteras,” katanya.

Justeru, kata BELIAU, pihaknya akan menghantar pegawainya untuk belajar mengenai undang-undang dan peraturan berkaitan pengubahan wang haram bagi mengukuhkan pengetahuan berhubung kegiatan jenayah itu bagi membantu memudahkan operasi serta siasatan kes.

Sementara itu, dalam ucapannya, Mohd. Zubil turut mengingatkan warga Maritim Malaysia supaya sentiasa berintegriti ketika melaksanakan tugas terutamanya di lapangan.

Katanya, jika isu integriti tidak dibendung, ia akan memudaratkan agensi berkenaan kerana mereka yang terlibat disifatkan sebagai musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan. – UTUSAN

Jawatan Maritim Malaysia perlukan 700 anggota baharu muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Pejuang sanggup memilih parti yang penuh dengan rasuah – Tun M

info

Kuching City FC mengintai kedudukan lima teratas Liga Super

info

Kuching City FC mengintai kedudukan lima teratas Liga Super

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy