Koperal itu didakwa sebagai dalang di sebalik penyeludupan 29 migran Myanmar
Berita

Koperal itu didakwa sebagai dalang di sebalik penyeludupan 29 migran Myanmar

5/5 - (1 vote)

WhatsApp Image 2023 02 13 at 1.55.32 PM

KOTA BHARU – Seorang pegawai polis berpangkat Koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menyeludup 29 migran Myanmar termasuk tujuh wanita bulan lalu.

Tertuduh, Syed Shaifful Amri Syed Solihuddin, 38, hanya mengangguk faham dan tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan penyeludupan migran 13 warga Myanmar termasuk enam wanita.

Perbuatan itu dilakukannya di dalam van Daihatsu Gran Max di hadapan Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan, Tunjong di sini kira-kira jam 1.30 pagi, 16 Januari lalu.

Bagi pertuduhan kedua, Syed Shaifful Amri didakwa melakukan penyeludupan 16 warga Myanmar termasuk seorang wanita di sebuah rumah desa di Kampung Pintu Geng Hulu di sini kira-kira jam 1.30 pagi pada tarikh sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 26B(d) Akta Pemerdagangan dan Penyeludupan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) bagi kedua-dua pertuduhan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau minimum lima tahun dan boleh disebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nursyafiqah Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah memutuskan tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh selain menetapkan 22 Mac untuk prosiding pemendapan, iaitu keterangan pendatang itu direkodkan di hadapan hakim. – COSMO! DALAM TALIAN

Jawatan Koperal itu didakwa menjadi dalang di sebalik penyeludupan 29 migran Myanmar muncul pertama kali pada Kosmos Digital.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Sungai Johor, Pahang melepasi paras bahaya

info

BITe Expo 2023 menyasarkan 620 usahawan francais baharu

info

DJ Rancangan Ellen DeGeneres membunuh diri

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy