IPOH – Kes keracunan makanan di Perak meningkat hampir 100 peratus apabila merekodkan 37 kes sepanjang tahun lalu berbanding 19 kes pada 2020 dan 2021.
Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Sirajuddin Hashim berkata, setakat Februari ini sahaja, sebanyak enam kes keracunan direkodkan dan jumlah itu dijangka meningkat.
Bagaimanapun katanya, kes keracunan makanan terkawal kerana kes yang dilaporkan tidak tinggi berbanding negeri lain.
“Kes keracunan makanan di negeri ini menunjukkan peningkatan dalam tempoh dua tahun sejak negara pulih daripada pandemik Covid-19.
“Kemungkinan dalam tempoh Covid-19 ini, tidak ramai peniaga yang berniaga, jadi kes keracunan makanan berkurangan, tetapi apabila keadaan bertambah baik, lebih ramai peniaga mula berniaga, kes meningkat sedikit,” katanya pada Op. Parayung di Taman Perpaduan, Tambun di sini hari ini. – COSMO! DALAM TALIAN
KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL