Kerajaan menerima permohonan semula pemaju Melaka Gateway
Berita

Kerajaan menerima permohonan semula pemaju Melaka Gateway

5/5 - (1 vote)

WhatsApp Image 2023 03 05 at 6.33.58 PM

WhatsApp Image 2023 03 05 at 6.33.58 PM

MELAKA: Pembinaan terminal pelayaran untuk projek Melaka Gateway di Pulau Melaka di sini berkemungkinan akan dihidupkan semula, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, ini kerana pihaknya telah menerima permohonan daripada syarikat pemaju, KAJ Sdn. Bhd untuk mendapatkan kelulusan semula projek yang telah dibatalkan sebelum ini.

Jelasnya, pegawai Kementerian Pengangkutan dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) telah diarah mengadakan rundingan awal dengan kerajaan negeri bagi mencari jalan memulihkan projek pembinaan terminal pelayaran bernilai berbilion ringgit itu.

“Kelulusan projek penambakan laut Melaka Gateway telah dibatalkan sebelum ini, jadi ia kini dalam proses untuk mendapatkan kelulusan semula oleh pemaju.

“Bagi pihak kementerian, kita tiada masalah untuk meluluskannya, tetapi beberapa masalah dalaman antara kerajaan negeri dan pemaju perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Saya lihat sekiranya projek ini tidak diteruskan walaupun projek penambakan laut hampir siap, ia akan merugikan Melaka dari segi ekonomi dan sektor pelancongan,” katanya dalam mesyuarat itu.
akhbar selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Melaka ke-23 di sini, hari ini.

Anthony menambah, beliau akan mengadakan lawatan kerja rasmi ke Melaka dan perkara itu akan dibincangkan dengan lebih lanjut dengan Menteri Besar, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

“Saya akan dapatkan pendirian kerajaan negeri mengenai perkara ini. Saya mahu mengambil pendekatan pragmatik kerana projek itu sudah separuh siap, jika tidak dibenarkan ia akan merugikan ekonomi Melaka,” katanya.

Dalam pada itu, Anthony berkata, kerajaan pusat akan memperkenalkan Transformasi Perkhidmatan Bas Tanpa Henti (SBST) menerusi program My Bus Melaka, khusus untuk menambah baik perkhidmatan di negeri ini.

Jelasnya, ia akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan melalui pelantikan syarikat pengendali untuk menguruskan perkhidmatan tersebut tanpa perlu menanggung kerugian operasi akibat kekurangan penumpang.

“Program ini akan diperkenalkan di Melaka pada penghujung tahun ini. Selain Melaka, Sabah dan Sarawak turut terlibat kerana perkara ini telah dibentangkan dalam Bajet 2023,” katanya. – UTUSAN

Jawatan Kerajaan menerima permohonan semula pemaju Melaka Gateway muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Erdogan mengakui sukar untuk mengawal bencana berskala besar, berikrar untuk membantu mangsa gempa bumi

info

Vinales enggan kembali ke Yamaha

info

Polimiksin disenaraikan sebagai bahan terlarang dalam perubatan veterinar

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy