Jersi JDT disenaraikan antara jersi yang paling teruk
Berita

Jersi JDT disenaraikan antara jersi yang paling teruk

5/5 - (1 vote)

jersijdt1 1678000004

jersijdt1 1678000004

PETALING JAYA: Jersi utama Johor Darul Ta’zim (JDT) disenaraikan antara jersi rekaan paling teruk untuk bulan Februari 2023.

Sebuah portal yang mengkaji jenama dan kit bola sepak, Footy Headlines menyenaraikan jersi JDT bersama 19 jersi pasukan lain yang dikatakan mempunyai reka bentuk yang paling teruk.

Bagaimanapun, portal itu tidak menjelaskan kriteria atau garis panduan yang digunakan untuk menilai jersi pasukan sama ada ia buruk atau sebaliknya.

Selain jersi utama JDT turut diletakkan dalam kategori tersebut ialah jersi utama pasukan Costa Rica; Jersi ketiga Urawa Red Diamonds dan jersi edisi khas RB Leipzig.

Sebelum ini, juara Liga Super sembilan kali itu melancarkan jersi baharu mereka untuk musim 2023 yang menyaksikan jersi pasukan tuan rumah masih mengekalkan identiti bendera Johor yang berwarna merah biru dengan menggunakan corak ‘camouflage’ dan kolar.

Bagi jersi pelawat pula, JDT mengekalkan warna putih sebagai warna utama dan terdapat gabungan jalur merah di bahagian lengan dan biru di bahagian belakang jersi.

Namun, ada segelintir peminat bola sepak tempatan mempersoalkan pilihan reka bentuk dan warna jersi utama yang disifatkan tidak begitu menarik berbanding pasukan lain.

Menjawab aduan itu, pemilik skuad Harimau Selatan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim enggan memikirkan sama ada corak baju pasukan Harimau Selatan musim ini cantik atau tidak.

Jawatan Jersi JDT disenaraikan antara jersi yang paling teruk muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Konsortium untuk pembeli pembangunan Pacific City

info

Fatimah mahu murid prasekolah mendapat pendidikan berkualiti

info

Walaupun mahal, umat Islam tetap pergi umrah

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy