Ibu pelajar itu melaporkan kepada polis, mendakwa guru tersebut menggalakkan anaknya memeluk Islam
Berita

Ibu pelajar itu melaporkan kepada polis, mendakwa guru tersebut menggalakkan anaknya memeluk Islam

5/5 - (1 vote)

KOS JSPTBUKITAMAN011 scaled 1

KUALA LUMPUR – Akibat tidak berpuas hati dengan tindakan seorang guru lelaki yang mendorong anaknya memeluk Islam, seorang ibu membuat laporan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, laporan itu dibuat seorang wanita tempatan pada 10.21 pagi.

“Wanita itu melaporkan seorang guru lelaki telah menggalakkan anak lelakinya yang berusia 15 tahun untuk memeluk agama Islam.

“Akibat tidak berpuas hati dengan tindakan guru itu, ibu pelajar berkenaan tampil membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zam Halim, kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 298A dan 505(b) Kanun Keseksaan.

“Siasatan terperinci sedang dijalankan berhubung kejadian ini dan beberapa saksi telah direkodkan.

“Sehubungan itu, kita menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan sekiranya mereka mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini,” jelasnya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, atau Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai berdekatan. – COSMO! DALAM TALIAN.

Jawatan Ibu pelajar itu melaporkan kepada polis, mendakwa guru tersebut menggalakkan anaknya memeluk Islam muncul pertama kali pada Kosmos Digital.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Namgoong Min, Jin Ahreum akan berkahwin minggu depan

info

Semak JPJ Malaysia: Semak public.jpj.gov.my

info

Peramah, siapa peluk Sophia AlBarakbah?

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy