ANKARA – Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mempertahankan tindak balas kerajaannya terhadap bencana gempa bumi di negara itu dengan menegaskan adalah ‘agak mustahil’ bagi Ankara untuk bersedia sepenuhnya menghadapi bencana berskala besar itu, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC).
Sekurang-kurangnya 15,000 orang telah disahkan maut dalam gempa bumi di Turki dan Syria setakat ini.
Pengkritik mendakwa tindak balas kecemasan terlalu perlahan dan kerajaan sangat tidak bersedia untuk bencana itu.
Pemimpin parti pembangkang utama Turkiye, Kemal Kilicdaroglu berkata: “Jika ada individu yang harus bertanggungjawab atas insiden ini, dia adalah Erdogan,” katanya.
Erdogan mengakui kerajaannya menghadapi beberapa masalah tetapi berkata keadaan kini terkawal.
Tambahnya, apa yang diperlukan selepas bencana berlaku ialah semangat perpaduan.
“Dalam keadaan seperti ini, saya tidak boleh melayan pihak yang melancarkan kempen negatif untuk kepentingan politik,” jelasnya.
Pemimpin itu semalam melawat pusat bandar Kahramanmaras dan daerah Pazarcik dan Hatay, yang merupakan antara kawasan paling teruk terjejas.
Erdogan pada masa yang sama berikrar bahawa kerajaannya melakukan segala yang termampu untuk membantu mangsa yang terselamat dan pekerja penyelamat. – Agensi
Jawatan Erdogan mengakui sukar untuk mengawal bencana berskala besar, berikrar untuk membantu mangsa gempa bumi muncul pertama kali pada Kosmos Digital.
[ad_2]
KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL