Dituduh skandal isteri orang, Jung-won saman
Berita

Dituduh skandal isteri orang, Jung-won saman

5/5 - (1 vote)

choi jung won saman

PELAKON Choi Jung-won menyaman seorang lelaki yang menuduhnya mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita.

Peguam Jung-won menjelaskan dalam satu kenyataan bahawa tuntutan mahkamah itu perlu diambil memandangkan fitnah itu memecahbelahkan keluarganya.

“Saya wakil firma Hyunmyeong. Anak guam saya menghabiskan hari-hari peritnya sejak Januari lalu selepas individu A menuduhnya mempunyai hubungan sulit.

“Pendek kata, Jung-won berkawan baik dengan B iaitu isteri A sejak dia berusia awal 20-an dan mereka tiada hubungan.

“Baru-baru ini mereka berkongsi makanan buat pertama kali, tetapi sejujurnya mereka tidak mempunyai hubungan,” kata wakil undang-undang itu.

Dalam video YouTube baru-baru ini, A menuduh Jung-won dengan penghinaan untuk menjelaskan sesuatu yang tidak pernah berlaku.

Pada mulanya, pelakon berusia 42 tahun itu tidak mengambil mudah tuduhan A, memikirkan reputasi baiknya selama ini, tetapi selepas membaca sesi temu bual wanita itu bersama wartawan, Jung-won menyedari kenyataan itu adalah palsu.

Jung-won juga menerima banyak mesej ugutan daripada A menggunakan akaun media sosial peribadinya.

Selepas saman itu difailkan, A kemudiannya tampil untuk menulis permohonan maaf atas kenyataan palsu terhadap Jung-won.

Jawatan Dituduh skandal isteri orang, Jung-won saman muncul pertama kali pada Kosmos Digital.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Pejuang sanggup memilih parti yang penuh dengan rasuah – Tun M

info

Konsortium untuk pembeli pembangunan Pacific City

info

Kuching City FC mengintai kedudukan lima teratas Liga Super

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy