Bajet 2023: Tindakan lebih radikal, pacu pelaburan, rahmah rakyat
Berita

Bajet 2023: Tindakan lebih radikal, pacu pelaburan, rahmah rakyat

5/5 - (1 vote)

UTU PMX32359a

UTU PMX32359a

PUTRAJAYA: Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Februari ini digambarkan bakal menggariskan tindakan yang lebih radikal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, melalui bajet tersebut, beliau dan pasukannya di Kementerian Kewangan cuba menangani beberapa masalah dengan berani.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, rangka Bajet 2023 akan memberi fokus untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara menerusi keyakinan pelabur seterusnya memberi manfaat kepada rakyat secara menyeluruh.

Ujarnya, pendekatan itu perlu diambil kerana negara banyak ketinggalan daripada segi pelaksanaan dasar menjana ekonomi.

“Banyak hal kita ketinggalan. Hampir tiap hari saya ada kumpulan perbincangan. Hal ini umpamanya dalam soal daya saing, kelajuan, kelulusan kelulusan perniagaan, soal beberapa inisiatif baharu seperti digitalisasi, beberapa tindakan untuk memastikan keluaran sumber asli melalui proses hiliran.

“Itu semua kita ketinggalan dari Indonesia, Vietnam. Hal ini mesti kita depan untuk memastikan kita mampu dan berdaya saing,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, di sini, semalam.

Anwar berkata, kerajaan mahu memberi mesej yang jelas bahawa penyediaan belanjawan bukan sahaja mengambil kira kedudukan ekonomi yang mencabar sekarang tetapi sesuatu yang boleh memacu pertumbuhan serta menggalakkan pelabur.

Katanya, ia menjadi satu cabaran yang sangat rumit untuk mengimbangi keyakinan golongan kaya untuk melabur dan kumpulan miskin mendapat faedah asas dalam al-Quran.

“Kalau semua ini diimbangi, itu contoh terbaik manusia bagaimana kita dapat terjemah Madani. Kita sebut Madani, mahu pacu pertumbuhan, tetapi tidak peduli ihsan, rahmah, ia tidak mungkin tercapai,” katanya.

Menurut beliau, fokus kerajaan ketika ini bukan melibatkan soal kaum atau daerah, tetapi terarah kepada kumpulan rakyat tanpa hanya bergantung kepada angka semata-mata.

“Kalau dia miskin tegar, dia bukan angka. Di Kementerian Kewangan hidup dengan angka, data dan statistik, tapi jangan dia pukau kita, umpamanya statistik miskin tegar dahulu 30 peratus, sekarang lima peratus dan kita kata kejayaan besar.

“Benar, kalau Datuk Johan (Timbalan Ketua Perbendaharaan, Dasar) masuk kategori lima peratus itu, tentu tidak menyenangkan beliau. Kita mesti cari jalan untuk memberikan sedikit keselesaan kepada mereka.

“Angka, data dan statistik penting, tetapi jangan memukau serta memberi keselesaan kerana jika kita masuk kategori itu, mungkin tidak akan memaafkan sistem. Saya tidak mahu tidur nyenyak, kalau orang merasa tersisih serta tidak dipedulikan pemimpin negara,” katanya.

Susulan itu, Anwar berharap pihaknya dapat menangani beberapa masalah dalam Belanjawan 2023 seterusnya tidak berselindung dan memberikan kenyataan yang sama kepada rakyat.

“Kalau ada masalah hutang sekian, beritahu. Masalah kita harus hadapi bersama, keperitan ini jelaskan dan kemudian beritahu beberapa tindakan yang mahu dicadangkan atau diusulkan,” jelasnya. – UTUSAN

Jawatan Bajet 2023: Tindakan lebih radikal, pacu pelaburan, rahmah rakyat muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL

Related posts

Polis menahan empat lelaki yang terlibat dalam kecurian, kemalangan kereta

info

Isu Banjir, bandaraya pintar jadi fokus Datuk Bandar Shah Alam baharu

info

Dikritik kerana mencari anak kucing untuk ‘makanan’ ular sawa

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy