25 individu ditahan kerana penyalahgunaan dadah di Petra Jaya
Berita

25 individu ditahan kerana penyalahgunaan dadah di Petra Jaya

Rate info.4d5d6d.com

080223 swk opsNarkotik new

080223 swk opsNarkotik new

KUCHING: Bahagian Narkotik Polis di sini berjaya menahan seramai 25 individu yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah berbahaya dalam operasi selama seminggu baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata operasi bermula 30 Jan hingga 5 Feb lepas itu dijalankan di sekitar Petra Jaya.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 23 lelaki dan dua wanita berusia antara 20 hingga 66 tahun.

“Turut dirampas daripada suspek dadah dipercayai syabu dengan berat keseluruhan 6.80 gram,” katanya.

Antara lokasi yang terlibat ialah Semariang Temenggung Haji Gobil, Kampung Semariang Pinggir, Kampung Lintang, Kampung Sungai Bedil Besar, RPR Fasa 2 Jalan Astana, Kampung Gersik, Kampung Pinang Jawa dan Lorong Merdeka

Menurut Ahsmon, satu kes kini disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, empat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 20 di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya. Akta Dadah 1952.

Tambahnya, semakan latar belakang suspek mendapati 20 daripadanya mempunyai rekod lampau membabitkan kes dadah.

Justeru, Ahsmon menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan dadah di kawasan mereka supaya melaporkan kepada polis di balai polis berhampiran. UTUSAN

Jawatan 25 individu ditahan kerana penyalahgunaan dadah di Petra Jaya muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL

Related posts

MAIPk memberi bantuan segera kepada lelaki buta

info

Fatimah mahu murid prasekolah mendapat pendidikan berkualiti

info

Jakim menganjurkan solat hajat untuk jenazah ghaib

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy