TERKINI: "Like the apocalypse"-saksi, jumlah mangsa gempa bumi melebihi 4,300
Berita

TERKINI: “Like the apocalypse”-saksi, jumlah mangsa gempa bumi melebihi 4,300

5/5 - (1 vote)

000 338N9FU

000 338N9FU scaled

HATAY: Pasukan penyelamat di Turki dan Syria dikatakan menggali runtuhan tanpa bantuan teknikal atau dengan tangan kosong sepanjang malam tadi dalam usaha mencari mangsa terselamat daripada bangunan runtuh akibat dua gempa bumi kuat yang melanda Turkiye, semalam.

Malah, cuaca sejuk dan salji tebal dilihat menyukarkan usaha mencari dan menyelamat.

Jumlah kematian yang disahkan di kedua-dua negara melonjak melebihi 4,300 selepas gegaran kuat berhampiran sempadan Turki-Syria, yang terbesar diukur pada 7.8 magnitud.

Pasukan tindak balas bencana Turki dan Syria melaporkan lebih 5,600 bangunan runtuh di beberapa bandar termasuk blok pangsapuri bertingkat tinggi yang dipenuhi orang ramai yang sedang tidur ketika gempa bumi melanda.

Di bandar Kahramanmaras di tenggara Turki, penduduk bingung dan tidak dapat menjangka gempa bumi kuat yang berlaku dua kali semalam diikuti gegaran susulan.

“Kami fikir ia adalah penamat. Itulah kali pertama kami mengalami perkara seperti itu,” kata Melisa Salman, saksi yang juga wartawan berusia 23 tahun.

Agensi bantuan Turkiye, Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD) berkata, kini terdapat 2,921 kematian di negara itu sahaja, menjadikan jumlah yang disahkan kepada 4,365.

Terdapat kebimbangan bahawa jumlah kematian akan meningkat dengan pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan sehingga 20,000 mangsa maut dalam bencana itu.

Gempa bumi awal adalah sangat besar sehingga ia dirasai sejauh Greenland, dan kesannya cukup besar untuk mencetuskan tindak balas global.

Lebih 45 negara termasuk dari Ukraine ke New Zealand berjanji untuk menghantar bantuan walaupun suhu di bawah sifar di Turki dan Syria memperlahankan tindak balas.

Di bandar Sanliurfa di tenggara Turki, pasukan penyelamat bekerja pada waktu malam untuk menarik mangsa yang terselamat dari serpihan bangunan tujuh tingkat yang runtuh.

Menurut saksi yang juga pelajar Syria berusia 20 tahun, Omer El Cuneyd, dia memberitahu terdapat sebuah keluarga yang dikenali terperangkap di bawah runtuhan.

“Sehingga jam 11.00 pagi atau tengah hari, kawan saya masih menjawab telefon. Tetapi, kini dia tidak lagi menjawab. Dia ada di bawah sana,” katanya.

Walaupun suhu sejuk di luar, penduduk yang ketakutan dilaporkan bermalam di jalanan, berkerumun di sekeliling api untuk mendapatkan kehangatan.

Mustafa Koyuncu membawa isteri dan lima anaknya ke dalam kereta kerana terlalu takut untuk bergerak.

“Kami tidak boleh pulang. Semua orang takut,” kata lelaki berusia 55 tahun itu kepada AFP.

Beberapa kemusnahan paling teruk berlaku berhampiran pusat gempa antara Kahramanmaras dan Gaziantep, di mana keseluruhan blok dalam bandar runtuh di bawah bungkusan salji.

Gempa bumi pertama berlaku pada 4:17 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman kira-kira 18 kilometer berhampiran bandar Gaziantep di Turki, yang menempatkan kira-kira dua juta orang, kata Kajian Geologi AS.

Gempa bumi kedua dilaporkan berlaku pada 1.24 tengah hari (waktu tempatan) di daerah Elbistan, wilayah Kahramanmaras, Turkiye.

Lebih 14,000 orang setakat ini dilaporkan cedera di Turkiye, kata agensi pengurusan bencana, manakala Syria berkata sekurang-kurangnya 3,411 orang cedera.

Pegawai berkata tiga lapangan terbang utama telah tidak boleh beroperasi, menyukarkan untuk menyampaikan bantuan penting.

Ribut salji musim sejuk turut menutupi jalan utama ke kawasan itu.

Jawatan TERKINI: “Like the apocalypse”-saksi, jumlah mangsa gempa bumi melebihi 4,300 muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

Firdaus Wong jadi saksi kes Ebit Lew

info

Tiga penyamun gagal merompak anggota polis yang meronda

info

Mojo, Aweera hapus sengketa

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy